Sunday 5 October 2014

HOMESTAY MURAH TETAPI BERSIH DI KUCHING, SARAWAK

salam aidiladha semua,

Hari Raya Aidiladha tahun ini, memang best sangat sebab balik beraya di kampung. Yelah dapat beraya bersama keluarga memang lain rasanya. Tahun lepas hari raya haji i tak balik kampung just raya kat jb je sebab husband kerja. Tahun ini hubby tak dapat nak balik raya bersama sebab dia TERpaksa kerja(kesian hubby :( tak dpt join). Paling happy anak i lah sebab first time dpt bergambar bersama lembu katanya...


Balik kali ini sempat berkunjung ke homestay Taman Lavender. Homestay ini kepunyaan abang i.




Memang lawa sangat rumah dia. Bersih dan semua perabot tersusun dengan kemas. setiap bilik ada aircond, tilam dan batal extra, seterika, tv, astro, mesin basuh, peti sejuk, water heater( master beadroom je) & rice cooker. Rumah ini memang selesa dan mendamaikan haha...ada tiga bilik dan 2 bilik air. Dekat je kalau nak ke bandar raya kuching dalam 15 minit je dah sampai. Tujuan i promote homestay ini bukan semata-mata kerana abang i yang punya tetapi tujuan i promote adalah disebabkan i pernah menginap di homestay di suatu tmp yang i tak nak mention nama tempat nya. Bayar dah la mahal bila masuk je rumah fuhhh berdebu dan berbau busuk macam bau rumah lama. I dengan kakak i terpaksa jaga orang gaji indon hari tu mencuci dan mengemas semula rumah tu...Sejak dari itu, i lebih suka stay di hotel daripada homestay sebab takut jumpa homestay yang kotor dan tak selesa. Harap korang tak mengalami nasib macam i bila tinggal di homestay dan untuk homestay Taman Lavender ini i bagi 5 bintang :)


Wednesday 1 October 2014

Inilah Gambar Yang diambil Dengan Kamera Nikon D750

Semalam i temankan hubby pergi angsana. Kononnya nak pergi makan pizza je tapi lain jadi nya. Rupanya dia sengaja ajak makan pizza kat angsaana semata-,mata nak pergi kedai kamera kat dalam tu. Hubby berkenan dengan kamera Nikon D750. Pasal kamera i memang tak minat tapi kalau di suruh bergambar haaa tu memang i suka. Alasan dia nak beli kamera memang aku rasa nak gelak. Dia kata kalau dia beli kamera Nikon ini senang dia nak ambil gambar shawl yang i buat dan boleh la buat photoshoot nanti. Yelah itu salah satu alasan untuk i membenarkan dia membeli kamera tu..akhirnya setelah lama kita orang duduk dalam pizza hut , keputusan nya ialah beli..memang cantik sangat gambar yang diambil menggunakan kamera ini.


model kecik yang suka bergambar :)


Inilah hobi baru hubby i...
harap menjadilah nak tolong ambil gambar koleksi shawl laceohlace ;)