Saturday 27 December 2014

Cara mudah kurangkan panas badan anak

Bila anak demam panas hati ibu mana yang tidak risau. Berjaga siang dan malam untuk monitor suhu badan anak takut terlampau panas. Selalunya bila anak kita demam, panadol akan menjadi teman setia. Ada yang kata setiap 4 jam kena bagi dan ada yang kata setiap 6 jam. Tapi bagi saya, saya akan monitor badan anak saya, selalunya saya akan bagi setiap 6 jam sekali tapi dalam waktu yang sama saya akan sponge kan badan anak saya dengan tuala dan air suam. Jangan sesekali pakai air ais sebab ais akan menutup liang roma menyukarkan haba panas keluar dari badan anak kita. 

Tiga tempat penting yang anda semua mesti sponge kat badan anak anda ialah kepala, bawah ketiak dan bawah lutut. Cara saya dekat bawah lutut saya akan letak kan cool fever. Untuk kepala dan bawah ketiak saya gunakan tuala basah. Kalau boleh spongekan lah lebih lama sebab badan mengambil masa untuk menukarkan suhu badan. Selepas bagi panadol teruskan dengan mengelap badan dengan tuala dan paling penting tiga tempat yang disebutkan tadi.

Satu lagi petua ialah urutkan badan anak anda dengan minyak zaitun dan bawang merah. Campurkan kedua bahan dan mulakan urutan dari atas ke bawah. Anak saya selepas di urut akan sentiasa berkentut kerana gas-gas keluar dari badan menjadikan badan dia ringan dan selesa. Bawang merah juga menurut orang tua boleh mengurangkan panas badan budak. Syukur alhamdulilah anak saya dalam masa 2 hari dah mula sembuh. Saya dan suami kalau boleh tidak mahu anak saya terlampau bergantung kepada antibiotik. Tapi kalau dah dalam 3 hari tidak sembuh juga bawalah anak anda ke klinik berjumpa doktor.

Jom Cantik dengan WonderGlow & Etude House


Wah lama dah update blog kite ni!!!

Busy sikit dengan kerja yang boleh la di katakan banyak di opis. Sejak akhir ini ramai yang menegur muka kita berseri seri :) glowing dan cerah. Di tanya produk apa yang kita pakai. Jawapannya ialah wonderglow gold! 



Dah lebih 6 bulan kita pakai produk ini memang kita puas hati. Bayangkan kita pernah cuba pakai natasha, tabita, nature republic ( produk korea) tp semua x berkesan & muka kita nampak sangat kusam dan bekas jerawat memang bersepah dekat muka. Sampai give up rasanya hati ini nak jaga muka :( Sampai satu hari kita perasan kawan sama opis kita nampak lain sangat muka dia. Walaupun dia tak pakai make up tapi muka dia nampak cerah & berseri.

Dia yang suggest kita untuk cuba produk wonder glow ni! Mula mula pakai memang kena pakai pencuci muka je dulu selama 3 hari sebab pencuci muka wonderglow ini berfungsi membuang semua sisa sisa kulit mati & bagi kulit kita bernafas semula. Lepas itu barulah kita pakai day cream & night cream. Dalam masa 5 hari pengelupasan akan berlaku. Kalau macam muka kita pengelupusan berlaku sangat banyak dan mungkin kulit mati banyak sangat menebal kat muka kite ni kot hehehe!!  Tapi kita tetap teruskan pakai produk ini. Selepas 2 minggu pengelupasan pun hilang dan kulit muka kita rasa tegang sebab dah bersih. Sama juga kalau korang pergi facial, selepas facial kulit muka akan merah dan tegang selepas proses penbuangan sisa kulit yang sudah mati dan menyebabkan muka menjadi kusam.

Sampai la sekarang ni kita masih pakai wonderglow. Tapi ramai yang tanya satu soalan yang kite x suka nak jawab. Cream wonderglow ni bukan ada merkuri ke? So jawapan dari saya ialah setelah saya kaji memang night cream wonderglow ada unsur campuran merkuri tapi x berani nak pastikan sebab belum ada bukti lagi. Kalau korang rasa takut dan was was korang boleh pakai night cream wonderglow seminggu sekali. Kira macam korang pakai mask muka tapi seminggu sekali sahaja. Tiap malam korang gantikan dengan produk collegen moistfull essence dari Etude House. Sebab produk Etude ini memang bagus gile. Lepas pakai kulit muka rasa tengang dan glowing macam kulit muka orang korea gitu hehe...kita dah sebulan cuba pakai produk ini memang mendapat hasil yang menakjubkan!


Tekstur yang lembut dan tidak melekit. Cepat menyerap ke dalam kulit muka. Etude ada buat promotion buy one free one dan untuk menyenangkan hati yang hairan kenapa buat promosi macam itu so kita pun check manufacturing date produk ini. Memang puas hati sebab dibuat pada tahun 2014 dan boleh bertahan selama 2 tahun. Kite sebenarnya terpesona dengan kulit muka orang korea yang glowing gitu. Tak salah juga korang guna produk Wonderglow sebab produk ini memang hebat dalam menghilangkan kulit kusam pada muka!
Kalau nak dapatkan produk wonderglow boleh pm kite 0168841823