Saturday, 27 December 2014

Cara mudah kurangkan panas badan anak

Bila anak demam panas hati ibu mana yang tidak risau. Berjaga siang dan malam untuk monitor suhu badan anak takut terlampau panas. Selalunya bila anak kita demam, panadol akan menjadi teman setia. Ada yang kata setiap 4 jam kena bagi dan ada yang kata setiap 6 jam. Tapi bagi saya, saya akan monitor badan anak saya, selalunya saya akan bagi setiap 6 jam sekali tapi dalam waktu yang sama saya akan sponge kan badan anak saya dengan tuala dan air suam. Jangan sesekali pakai air ais sebab ais akan menutup liang roma menyukarkan haba panas keluar dari badan anak kita. 

Tiga tempat penting yang anda semua mesti sponge kat badan anak anda ialah kepala, bawah ketiak dan bawah lutut. Cara saya dekat bawah lutut saya akan letak kan cool fever. Untuk kepala dan bawah ketiak saya gunakan tuala basah. Kalau boleh spongekan lah lebih lama sebab badan mengambil masa untuk menukarkan suhu badan. Selepas bagi panadol teruskan dengan mengelap badan dengan tuala dan paling penting tiga tempat yang disebutkan tadi.

Satu lagi petua ialah urutkan badan anak anda dengan minyak zaitun dan bawang merah. Campurkan kedua bahan dan mulakan urutan dari atas ke bawah. Anak saya selepas di urut akan sentiasa berkentut kerana gas-gas keluar dari badan menjadikan badan dia ringan dan selesa. Bawang merah juga menurut orang tua boleh mengurangkan panas badan budak. Syukur alhamdulilah anak saya dalam masa 2 hari dah mula sembuh. Saya dan suami kalau boleh tidak mahu anak saya terlampau bergantung kepada antibiotik. Tapi kalau dah dalam 3 hari tidak sembuh juga bawalah anak anda ke klinik berjumpa doktor.

Jom Cantik dengan WonderGlow & Etude House


Wah lama dah update blog kite ni!!!

Busy sikit dengan kerja yang boleh la di katakan banyak di opis. Sejak akhir ini ramai yang menegur muka kita berseri seri :) glowing dan cerah. Di tanya produk apa yang kita pakai. Jawapannya ialah wonderglow gold! 



Dah lebih 6 bulan kita pakai produk ini memang kita puas hati. Bayangkan kita pernah cuba pakai natasha, tabita, nature republic ( produk korea) tp semua x berkesan & muka kita nampak sangat kusam dan bekas jerawat memang bersepah dekat muka. Sampai give up rasanya hati ini nak jaga muka :( Sampai satu hari kita perasan kawan sama opis kita nampak lain sangat muka dia. Walaupun dia tak pakai make up tapi muka dia nampak cerah & berseri.

Dia yang suggest kita untuk cuba produk wonder glow ni! Mula mula pakai memang kena pakai pencuci muka je dulu selama 3 hari sebab pencuci muka wonderglow ini berfungsi membuang semua sisa sisa kulit mati & bagi kulit kita bernafas semula. Lepas itu barulah kita pakai day cream & night cream. Dalam masa 5 hari pengelupasan akan berlaku. Kalau macam muka kita pengelupusan berlaku sangat banyak dan mungkin kulit mati banyak sangat menebal kat muka kite ni kot hehehe!!  Tapi kita tetap teruskan pakai produk ini. Selepas 2 minggu pengelupasan pun hilang dan kulit muka kita rasa tegang sebab dah bersih. Sama juga kalau korang pergi facial, selepas facial kulit muka akan merah dan tegang selepas proses penbuangan sisa kulit yang sudah mati dan menyebabkan muka menjadi kusam.

Sampai la sekarang ni kita masih pakai wonderglow. Tapi ramai yang tanya satu soalan yang kite x suka nak jawab. Cream wonderglow ni bukan ada merkuri ke? So jawapan dari saya ialah setelah saya kaji memang night cream wonderglow ada unsur campuran merkuri tapi x berani nak pastikan sebab belum ada bukti lagi. Kalau korang rasa takut dan was was korang boleh pakai night cream wonderglow seminggu sekali. Kira macam korang pakai mask muka tapi seminggu sekali sahaja. Tiap malam korang gantikan dengan produk collegen moistfull essence dari Etude House. Sebab produk Etude ini memang bagus gile. Lepas pakai kulit muka rasa tengang dan glowing macam kulit muka orang korea gitu hehe...kita dah sebulan cuba pakai produk ini memang mendapat hasil yang menakjubkan!


Tekstur yang lembut dan tidak melekit. Cepat menyerap ke dalam kulit muka. Etude ada buat promotion buy one free one dan untuk menyenangkan hati yang hairan kenapa buat promosi macam itu so kita pun check manufacturing date produk ini. Memang puas hati sebab dibuat pada tahun 2014 dan boleh bertahan selama 2 tahun. Kite sebenarnya terpesona dengan kulit muka orang korea yang glowing gitu. Tak salah juga korang guna produk Wonderglow sebab produk ini memang hebat dalam menghilangkan kulit kusam pada muka!
Kalau nak dapatkan produk wonderglow boleh pm kite 0168841823


Friday, 28 November 2014

Long Shawl bercorak Murah

Lama dah tak update blog. Busy memanjang je dengan kerja kat opis tambah lagi kerja kat rumah. Anak pula demam bertambah risau kita dibuatnya. 

Kali ini kita nak update koleksi terbaru dari laceohlace iaitu printed long shawl. Ada 7 corak yang semuanya awesome. Of coz la lawa sebab semua corak tu kita pilih sendiri mengikut trend sekarang! Nak tengok tak!



Ada 7 corak kesemuanya. Ini ada description sikit pasal long shawl dhia:

Material: kain chiffon bercorak yang lembut tetapi amat senang untuk dibentuk

Size: 2.0m x 0.7m

Bentuk: Long shawl tetapi pada kedua-dua hujung ada curve untuk mencantikkan lagi bentuk shawl ini apabila dipakai

Harga : Rm30 untuk sehelai dan rm55 untuk 2 helai. Korang tak kan dapat harga semurah ini untuk wide shawl macam yang kami offer sekarang.


Yang paling kita suka ialah yellow pink polkodot ni yang memang ceria sangat colornya. Sesuai untuk anda yang happy go lucky! 


Ini pula corak yang paling hot! Baru je kita upload kat facebook dah habis. 

Kalau korang nak boleh tengok banyak lagi koleksi laceohlace yang lawa-lawa kat facebook lace oh lace. Berminat boleh whatapps 0168841823.

Sunday, 5 October 2014

HOMESTAY MURAH TETAPI BERSIH DI KUCHING, SARAWAK

salam aidiladha semua,

Hari Raya Aidiladha tahun ini, memang best sangat sebab balik beraya di kampung. Yelah dapat beraya bersama keluarga memang lain rasanya. Tahun lepas hari raya haji i tak balik kampung just raya kat jb je sebab husband kerja. Tahun ini hubby tak dapat nak balik raya bersama sebab dia TERpaksa kerja(kesian hubby :( tak dpt join). Paling happy anak i lah sebab first time dpt bergambar bersama lembu katanya...


Balik kali ini sempat berkunjung ke homestay Taman Lavender. Homestay ini kepunyaan abang i.




Memang lawa sangat rumah dia. Bersih dan semua perabot tersusun dengan kemas. setiap bilik ada aircond, tilam dan batal extra, seterika, tv, astro, mesin basuh, peti sejuk, water heater( master beadroom je) & rice cooker. Rumah ini memang selesa dan mendamaikan haha...ada tiga bilik dan 2 bilik air. Dekat je kalau nak ke bandar raya kuching dalam 15 minit je dah sampai. Tujuan i promote homestay ini bukan semata-mata kerana abang i yang punya tetapi tujuan i promote adalah disebabkan i pernah menginap di homestay di suatu tmp yang i tak nak mention nama tempat nya. Bayar dah la mahal bila masuk je rumah fuhhh berdebu dan berbau busuk macam bau rumah lama. I dengan kakak i terpaksa jaga orang gaji indon hari tu mencuci dan mengemas semula rumah tu...Sejak dari itu, i lebih suka stay di hotel daripada homestay sebab takut jumpa homestay yang kotor dan tak selesa. Harap korang tak mengalami nasib macam i bila tinggal di homestay dan untuk homestay Taman Lavender ini i bagi 5 bintang :)


Wednesday, 1 October 2014

Inilah Gambar Yang diambil Dengan Kamera Nikon D750

Semalam i temankan hubby pergi angsana. Kononnya nak pergi makan pizza je tapi lain jadi nya. Rupanya dia sengaja ajak makan pizza kat angsaana semata-,mata nak pergi kedai kamera kat dalam tu. Hubby berkenan dengan kamera Nikon D750. Pasal kamera i memang tak minat tapi kalau di suruh bergambar haaa tu memang i suka. Alasan dia nak beli kamera memang aku rasa nak gelak. Dia kata kalau dia beli kamera Nikon ini senang dia nak ambil gambar shawl yang i buat dan boleh la buat photoshoot nanti. Yelah itu salah satu alasan untuk i membenarkan dia membeli kamera tu..akhirnya setelah lama kita orang duduk dalam pizza hut , keputusan nya ialah beli..memang cantik sangat gambar yang diambil menggunakan kamera ini.


model kecik yang suka bergambar :)


Inilah hobi baru hubby i...
harap menjadilah nak tolong ambil gambar koleksi shawl laceohlace ;)


Tuesday, 30 September 2014

RIBBON SHAWL YANG COMEL


I memang suka sangat dengan ribbon @ bow sebab rupanya yang cute . Memandangkan sekarang tengah hot dengan bow & ribbon headband so i pun dapat idea nak buatkan Ribbon Shawl. 


Material daripada kain glitter chiffon yang berkualiti. Best sangat dengan kain ini ianya tidak jarang dan sangat lembut dan beralun. Bentuk shawl ini pula ialah halfmoon panjang ukuran 1.9m panjang dan 0.7 m lebar. Dapat menutup dada dan belakang dengan sempurna :) Ada 5 rona yang menarik iaitu shawl hitam/ ribbon fuschia, shawl pastel pink/ ribbon grey, shawl baby blue/ ribbon pink, shawl grey/ribbon dark purple, shawl royal blue/ribbon mustard dan shawl gold/ribbon blue.


blue/mustard


grey/purple & baby blue/pink


salah sorang customer yang menggayakan Ribbon Shawl Warna gold/blue

jom dapatkan Shawl Ribbon ini sekarang. Berminat boleh whatapps 016-8841823 :)





Monday, 29 September 2014

HALFMOON LAYLA NEW COLLECTION !!!!

salam uolls,,,,

Nak bagitahu laceohlace ada shawl terbaru tau!! Halfmoon Layla namanya dan shawl ini memang istimewa sebab ada bunga poppy di bahagian hujung shawl. Selain itu shawl ini dihiasi dengan manik dan pearl yang pasti menaik lagi seri Shawl Layla ini. Di buat menggunakan kain chiffon yang lembut dan beralun memudahkan uolls untuk menggayakan shawl ini, ada 5 rona yang memukau iaitu Hot Pink, Seafoam Green, Dark Plum, Black & Light Carol...



Dari kiri: Hot PInk, Seafoam Green, Dark Plum, Light Coral, Black


Wearing Seafoam Green :)


Shawl Layla in Light Carol


Shawl Layla In Black


Shawl Layla in Dark Plum (warna dalam gambar ini agak light sikit sebab kena cahaya )

Harga memang special sangat uolls Rm49 je,,, berminat boleh loke page laceohlace kat facebook ataupun instagram laceohlace or whatapps 016-8841823.