Thursday, 10 October 2013

New From Bodyshop - HONEYMANIA!!!!


Semalam ada appoinment dengan mentor i, fazi kat Angsana. Janji nak jumpa kat Kenny Rogers Roasters. Kita orang ni kalau berjumpa mesti kat kedai makan (mana tak gemuk  huhu). Tapi i tak kisah sebab i ada Korset PB. Korset ini membantu untuk mengekang nafsu untuk makan banyak.
Sementara menunggu fazi, i pergi la kat kedai Bodyshop  memang tak jauh dari Kenny Rogers pun. Bukan apa i tertarik kepada decoration yang comel sangat. Rupanya Bodyshop memperkenalkan produk terbaru dia orang yang berasaskan madu dan diberi nama 'HONEYMANIA'.


Untuk produk terbaru Bodyshop Honeymania ni dia ada bodywash, bodycreame, soap, lipbalm, n perfume. I cuba la jugak honeymania perfume...memang sedap betul bau dia. Memang i falling in love dengan bau honeymania perfume ni (kat umah perfume Lancome La Vie Est Belle pun belum habis pakai dah ada hati nak beli yang baru). Tanpa berfikir panjang i pun beli n memang puas hati sangat dengan bau dia. Kalau korang nak tahu bau dia macam mana cuba korang imagine kalau madu dicampurkan dengan bau bunga. Macam tu lah bau si Honeymania perfume ni. Harga dia pun ok untuk botol kecil 30ml cuma Rm49.90 je.

Honeymania bodycream pun sedap jugak bau dia tp i tak beli coz i tak suka pakai bodycream tapi kalau lotion i suka. Sebab cream ni texture dia melekat sangat jika dibanding dengan lotion. Kalau korang beli sekarang ada voucher percuma tau boleh beli mana- mana barangan Bodyshop yang bernilai Rm15.00.

Kalau korang nak tahu lebih lanjut mengenai produk terbaru Bodyshop ni boleh la layari laman web www.thebodyshop.com.my

My Mentor Dalam Business Premium Beautiful

Ramai orang yang gagal dalam perniagaan adalah disebabkan kekurangan ilmu pengetahuan dan pengalaman dalam perniagaan. Menurut kata Dr Azizan Osman salah seorang pakar strategi pemasaran, jurulatih transformasi pemasaran, orang yang berjaya dalam perniagaan perlu ada mentor. Mentor ini merujuk kepada orang yang telah berjaya dalam  sesuatu perniagaan. Sebab itu kita perlu belajar dari mereka ini supaya kita pun boleh berjaya seperti mereka....

Hanis Haizi

Dalam usia yang 30an beliau sudah bergelar jutawan. Dari housewife sekarang beliau adalah antara wanita yang berjaya dalam bisnes dan income beliau dari 4 angka sekarang dah jadi 6 angka. Tapi beliau juga berusaha untuk mencapai kejayaan. Tak ada maknanya Allah nak bagi rezeki kepada kita kalau kita hanya duduk tunggu duit datang kepada kita. Usaha itu penting dan jangan lupa berdoa kepada Allah s.w.t. I pernah tau pergi bercuti dengan beliau ke Korea baru-baru nie....i dengan Hanis satu Group dan nama group kita orang GLAM. Hanis adalah kami punya LEADER. Kisahnya begini, semasa kita orang pergi ke Paju Premium Outlet( ala- ala JPO tp sini kawasan dia lebih besar dan lebih banyak lagi barang-barang Branded). Kita orang masuk le ke butik COACH, tetiba tengah membelek beg datang minah Korea ni ambil lebih kurang 10 ke 15 bijik beg COACH yang kecik tu dan bila i toleh je kat belakang rupanya Hanis Haizi yang punya. Bayangkan korang harga satu beg yang kecik tu pun dah dalam 250.00 hinggit duit Malaysia tau. Tu baru COACH belum lagi jenama yang lain seperti CHANEL, PRADA dan etc. Kalau i jadi Hanis pon, shopping sakan la...

Nurfaziha

I rasa bersyukur sangat bila dijumpakan dengan fazi. Dari Fazi la i tahu pasal bisnes PB ni. Bila baca blog beliau rasa teruja sangat, yelah dapat melancong dengan free sampai ke Paris, lepas tu income dia dah capai 5 angka (5 angka tu dalam 10k dan ke atas la kan). I suka sangat dengan fazi ni sebab dia memang suka tolong orang esp business partner dia. Dia sentiada membantu dari segi nasihat, cara berbisnes n tak lokek untuk berkongsi ilmu. Sampaikan dia sanggup datang ke Kuching untuk membantu team i untuk memperkukuhkan lagi bisnes PB ni di Sarawak. Insyaallah. 


Bagi i untuk mencapai kejayaan jangan cepat putus asa n usaha sampai berjaya. Rahsia kekayaan di dunia ini adalah dengan berbisnes. Kalau kita tahu kita mampu n kita nak mengubah taraf hidup kita menjadi lebih baik maka pilihlah bisnes yang betul-betul dapat merealisasikan impian kita. Kami akan membantu anda untuk berjaya bersama kami sekiranya anda memilih bisnes ini. Tagline bisnes kami ialah Kawan Tolong Kawan....nak tahu lebih lanjut boleh la sms i ke no 016-8841823.

Wednesday, 9 October 2013

Free Trip Ke Korea Bersama Hai O ....Memang Best (Part 1)

I selalu berangan nak pergi melancong ke Korea.Semuanya kerana terlampau fanatik sangat dengan cerita korea (sebab utama pelakon lelaki yang hensem la ). Angan-angan ini dipanjangkan la ke husband i konon nya nak mintak belas kesian bawak i pergi Korea la kan..tapi jawapan yang i dapat sabar la syg nanti kalau ada rezeki kita pergi (dah masuk 5 tahun dah pun i asyik bagi hint). Syukur alhamdullilah selepas masuk bisnes PB bersama Hai O selama 4 bulan i dah berjaya dapat pergi ke Korea ( dalam masa 4 bulan je uolss jika dibandingkan dengan 5 tahun permintaan i) bukan i cakap husband tak nak bawak tp komitmen dia terhadap keluarga dari segi kewangan n masa yang menyebabkan harapan ini terpaksa di simpan..

Kenapa i cakap percutian ke Korea bersama dengan Hai O ni best sangat2 sebab -sebab berikut:-

  • Tiket, penginapan (hotel) dan makan semuanya free coz ditanggung oleh company...(bawa duit untuk shopping je mak oiii...best sangat)
  • Stay dekat hotel 5 star lagi tu. yelah kalau kita pergi dengan keluarga n guna duit sendiri memang tak akan pilih hotel 5 star sebab mahal tapi trip dengan Hai O kita semua dilayan bagaikan VIP
  • Pasal makan pula pihak company memang jaga betul kita semua ni sebab Korea kalau uolls nak tahu makanan yang halal memang susah nak cari n kebanyakannya mahal. ingatkan balik dari Korea boleh la kuruskan badan (ingatkan makan kimchi je) tapi makan ala hotel n banyak sangat pilihan n ofcoz HALAL
  • Tempat yang kita lawati adalah tempat yang bersejarah di Korea dan paling best nya kita orang dibawa ke Premium Outlet (namanya i lupa pulak). Kat sini semua branded item memang murah seperti COACH, MICHAEL KORS, BURBERRY dan banyak lagi la (rasa nak pengsan tengok beg COACH boleh beli dengan harga serendah RM800 je)
  • Paling menarik sekali kita orang dibawa ke LOTTE WORLD. LOTTE WORLD ni taman tema permainan ala macam Universal Studio kat Singapore ( nanti i cerita lebih detail dalam entry lain k)
  • Semangat diantara semua busines partner amat rapat n kami enjoy sangat. sebab itu i pilih busines ni sebab i ada mentor dan juga kawan yang sama-sama nak berjaya.


Pesanan i kepada uolsss kalau nak berjaya dalam bisnes pilihlah bisnes yang kita tahu matlamatnya n kita mempunyai orang yang boleh kita rujuk atau MENTOR..Follow orang yang telah berjaya akan menghasilkan kejayaan juga kepada kita. sempat juga i bagi pesanan penaja haha.

Kalau anda mahu menjadi seperti saya janganlah segan silu untuk menelefon saya di nombor 016-8841823 (Norisma)


Tuesday, 8 October 2013

Tahniah Asz n Ira...

Rasa gembira sangat coz on 8.10.2013, isteri adik ipar i selamat melahirkan seorang baby girl yang di nama Suri Madina Rose.....suka sangat nama Suri macam nama anak Tom Cruise.....


Muka Suri ni sebijik muka mak dia....hehe adik ipar aku tak puas hati coz tak ada iras muka dia si Suri nie....tapi bila dia bukak mata rupanya mata dia macam mata bapak dia sepet.....untuk pengetahuan uoll mak mertua i berbangsa cina dan bila dia kawin dengan bapak mertua i dia pun memeluk islam...sebab itu muka husband n adik ipar i memang 100% muka cina...tak percaya mari tengok gambar nie....

Ini gambar Raya tahun ni....time ni adik ipar i baru masuk 7 bulan kandungan dia....happy sangat2 sebab keluarga kita orang dah bertambah besar....tak lama lagi mak mertua n bapak mertua i penin kepala nak melayan cucu2 pulak...