Saturday, 27 December 2014

Cara mudah kurangkan panas badan anak

Bila anak demam panas hati ibu mana yang tidak risau. Berjaga siang dan malam untuk monitor suhu badan anak takut terlampau panas. Selalunya bila anak kita demam, panadol akan menjadi teman setia. Ada yang kata setiap 4 jam kena bagi dan ada yang kata setiap 6 jam. Tapi bagi saya, saya akan monitor badan anak saya, selalunya saya akan bagi setiap 6 jam sekali tapi dalam waktu yang sama saya akan sponge kan badan anak saya dengan tuala dan air suam. Jangan sesekali pakai air ais sebab ais akan menutup liang roma menyukarkan haba panas keluar dari badan anak kita. 

Tiga tempat penting yang anda semua mesti sponge kat badan anak anda ialah kepala, bawah ketiak dan bawah lutut. Cara saya dekat bawah lutut saya akan letak kan cool fever. Untuk kepala dan bawah ketiak saya gunakan tuala basah. Kalau boleh spongekan lah lebih lama sebab badan mengambil masa untuk menukarkan suhu badan. Selepas bagi panadol teruskan dengan mengelap badan dengan tuala dan paling penting tiga tempat yang disebutkan tadi.

Satu lagi petua ialah urutkan badan anak anda dengan minyak zaitun dan bawang merah. Campurkan kedua bahan dan mulakan urutan dari atas ke bawah. Anak saya selepas di urut akan sentiasa berkentut kerana gas-gas keluar dari badan menjadikan badan dia ringan dan selesa. Bawang merah juga menurut orang tua boleh mengurangkan panas badan budak. Syukur alhamdulilah anak saya dalam masa 2 hari dah mula sembuh. Saya dan suami kalau boleh tidak mahu anak saya terlampau bergantung kepada antibiotik. Tapi kalau dah dalam 3 hari tidak sembuh juga bawalah anak anda ke klinik berjumpa doktor.

1 comment: