Wednesday 13 November 2013

Review produk SKINCERITY

Perempuan memang suka kalau bab-bab kecantikan nie...termasuk aku le..semua perempuan nak kan kulit yang cantik, bersih dari cela, gebu dan paling penting kulit yang sihat kan...Pernah tak dengar produk Skincerity ni?..Aku pernah dengar pasal produk ni tapi tak berani nak cuba..Bila sorang kawan tetiba je bagi aku kertas yang mengandungi maklumat tentang produk skincerity nie (kawan aku ni lelaki k....sama ofis)..dia nampak sangat perubahan pada wajah isteri dia..dari kulit muka yang kusam jadi gebu dan kulit muka isteri beliau nampak tegang...beliau pun tunjukkan gambar isteri beliau..memang cantik sangat kulit muka isteri beliau(aku tak pernah tengok muka isteri beliau sebelum ni so aku tak tahu la perubahan yang ketara sangat atau biasa)..paling penting aku nak cuba produk nie...so aku pun beli..

skincerity 30ml

Produk skincerity nie dah diiktiraf sebagai Best Selling Cosmetic Product 2013. Diuji secara dermatologi dan klinikal, gred farmaseutikal, disyorkan pakar kulit, lulus FDA, sesuai untuk semua  jenis kulit, jantina dan usia termasuk bayi..

Sebenarnya produk ni macam kita pakai masker muka sebab tu nama diberi nama Skincerity Nightly Breathable Masque...dipakai cuma waktu malam sebelum tido. Bila bangun dari tido muka rasa sangat segar (bila bangun tu boleh la cuci muka dengan air suam untuk menghilangkan sisa masker pada kulit)

5 MANFAAT UTAMA SKINCERITY:

1. Cleanse - Membersihkan kulit daripada bakteria dan kuman

2. Rejunavate - Membantu pembentukan sel dan jaringan kolagen dengan kandungan atioksidan dan antipenuaan nya. Menghilangkan kedutan halus dan ada lifting effect

3. Exfoliate - membuang/menanggalkan sel2 kulit mati.  

4. Amplify - Bertindak sebagai BOOSTER kepada produk skincare/kecantikan yang sedang anda gunakan.

5. Moisturizer - Melembap dan menghaluskan kulit. 


aku dah seminggu pakai produk ni dan memang dalam masa 3 hari dah nampak perubahan dimana kulit muka kurang berminyak dah liang pori kurang jelas kelihatan....kulit muka aku ni memang kuat berminyak menyebabkan selalu je di singgahi oleh sang jerawat...kalau dah tumbuh jerawat ni kesan atau parut jerawat tu mesti ada dan semestinya lambat nak hilang..sebab itu jugak la aku beli produk ni sebab nak hilangkan parut jerawat pada muka...selain daripada itu bila aku pakai produk ni jerawat yang baru mula nak tumbuh tetiba kecut hehe....aku tak jual produk ni tapi kalau berminat boleh beritahu nanti aku tanya kawan aku ada stock lagi tak.





Minat mendalam terhadap rekaan fesyen

Sebab-sebab minat terhadap fesyen jugak lah aku bukak butik pakaian dulu. Aku ni memang suka tengok baju yang cantik, color yang ceria, design yang lain dari yang lain( aku tak suka pakai baju yang sama dengan orang...bukan riak tau) dan di sebabkan itu aku ada baju rekaan aku sendiri yang aku jual di butik.. aku ada pekerja yang aku upah untuk menjahit pakaian di butik dan setiap rekaan yang aku buat sentiasa mendapat sambutan dari orang ramai..banyak yang sependapat dengan aku iaitu tak nak pakai baju yang design sama dengan orang lain...aku kalau buat satu rekaan aku akan buat untuk saiz S,M dan L je...dan setiap saiz menggunakan kain yang berlainan...sampai one of my customer suruh aku jahit baju untuk dia (sebab dia pakai sz XL)...dari situ la aku terfikir nak belajar jahit pakaian...tapi impian nak belajar menjahit tak kesampaian bila aku terpaksa pindah ke Johor kerana mengikut suami yang bekerja di Singapore.. aku pun jual butik pakaian aku dengan hati yang sedih sangat( tak ada orang yang boleh tolong uruskan butik sebab tu ambil keputusan untuk jual)...


Baju yang aku pakai ni..aku jahit sendiri..

Dalam gambar di atas baju kurung moden ni aku jahit sendiri...Ceritanya macam nie...sebelum raya tahun ini aku memang dah terpikir fesyen macam mana yang aku nak tapi bila aku nak hantar kain untuk di jahit dan tunjukkan design yang aku nak..terus aku pengsan...perempuan tu kata kalau design macam ni kami letak harga RM 300.00....aku pun terkejut dan terus blah (dalam hati menyumpah sebab tak puas hati mahal sangat...selepas balik aku singgah pergi angsana dan beli peralatan untuk menjahit..aku tekad yang aku akan buat sendiri baju raya tahun ini mengikut rekaan aku sendiri.... akhirnya 2 hari sebelum raya aku berjaya menyiapkan baju kurung moden seperti di atas...kos yang keseluruhan cuma dalam RM170 je termasuk kain dan juak lace yang aku tampal dekat bawah baju dan lengan baju...

bila time raya banyak yang memuji baju yang aku pakai cantik siap tanya beli kat mana...jawapan aku mudah je....akak buat sendiri .murah dan puas hati....banyak yang suruh aku buat baju lepas tu tapi aku tak berani nak setuju sebab aku belum mahir lagi...tapi sekarang aku dah berani untuk ambil tempahan sebab aku dah pergi kelas menjahit...rasanya sayang kalau kita ada bakat dan minat yang mendalam terhadap sesuatu perkara tapi tidak digunakan sepenuhnya...

Perancangan seterusnya aku nak buat baju untuk budak-budak pulak....dengan rekaan aku sendiri dan jahitan aku sendiri...mudahan tercapai impian aku nak jadi pereka fesyen yang terkenal dengan mutu jahitan yang berkualiti...chaiyo...chiayo....

Baju kurung moden scallop sudah siap....

Kenapa Hati Tidak Bahagia




9 Sebab Hati Tidak Bahagia.... 

a) Pemarah
Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang.

b) Pendendam
Tersembunyi ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

c) Hasad dengki
Amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

d) Bakhil
Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dan lain-lain dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.

e) Tamak
Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut, walau berapa banyak yang diminum tetap tidak habis juga (lagipun orang tamak selalu rugi). Ingat! Yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita (mungkin ada hak orang lain di situ). Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

f) Tidak sabar
Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar.

g) Ego
Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. Pasal semua orang ada egonya sendiri, cuma tinggi atau rendah tahap keegoan tersebut.

h) Riak
Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon-lakon di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak, takabbur dengan apar yang kita ada.

i) Cinta Dunia
Tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah, tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu (bila mati cuma bawa amalan dan doa anak yang soleh atau solehah). Cinta dunia merupakan 'neraka dunia' kerana dunia itu 'panas' akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati

*Untuk renungan kita bersama. Mudah mudahan selepas ini kita sentiasa menjaga hati kita agar sentiasa bersih dari sifat seperti di atas. Amin

Friday 1 November 2013

Rahsia Dagu Runcing

Tetiba je rasa nak post pasal dagu runcing pulak. Bukan apa aku post gambar aku dekat fb n instagram. pastu member aku komen pulak beritahu dagu aku nampak runcing dalam gambar tu...



Jaket tu aku beli kat Butik PROMOD & skirt pula NICHI.

Sebenarnya dagu aku nampak runcing sebab teknik membelit selendang yang memain peranan hehe...bentuk muka aku ni sebenarnya 'bujur telur' (arwah bapak aku yang beritahu dan aku pun tak tahu mana datangnya istilah bujur telur tu :)..Kalau aku tak pakai selendang bentuk muka aku nampak bulat. Sebab itu aku suka pakai selendang dari pakai tudung yang ada awning tu. Selain itu, aku amalkan juga makan stemcell n collogen ( orang kalau 1st time jumpa aku selalu ingat aku masih sekolah lagi....ohhh syoknya hatiku ini bila dengar). Awet muda la sangat haha..Aku rasa sikap memain peranan juga.Aku ni happy go lucky punya manusia. aku jarang nak marah dengan member aku (kecuali husband...bukan apa dengan husband saja je cepat merajuk bila dimarah sebab nak bermanja hehehe)

Jadi jangan la korong ingat aku ni buat apa2 dengan dagu aku ye....tak la seruncing erra fazira or umie aida ok....Biasa je aku tengok....untuk kesihatan korang boleh cuba makan stemcell n collogen sebab kedua-duanya bagus untuk kesihatan dan kecantikan luaran dan dalaman. Terus terang aku cakap yang kulit muka aku lebih tegang & nampak glowing dari dahulu (dulunya selalu je orang tegur muka aku nampak kusam & tak bermaya tapi sekarang ramai yang tanya aku pakai produk apa untuk kulit muka)....Sebagai wanita kita kena la jaga kesihatan  dan juga kecantikkan. Mesti korang tak nak husband dan boyfriend korang tengok perempuan lain kan. So akhir kata dari aku jaga lah kesihatan dan kecantikan dari sekarang...bye


Kulit Muka Bebas Dari Minyak Dan Liang Pori Tidak Akan Tersumbat

Hai uolls, kali ni i nak cerita pasal satu produk kecantikan dari Korea. Maklum lah kan sejak i balik dari Korea, i memang suka sangat tengok muka perempuan Korea ni. Terutama sekali kulit muka diorang memang sangat cantik,gebu dan bersih. So i ni kan kepo i tanya la orang Korea sendiri produk apa yang diorang pakai. Rupanya diorang ni suka pakai BB Cream atau CC Cream. Patut pun BB Cream memang famous kalau kat Korea. Selain tu dia orang ni bukan jenis yang pakai produk kecantikan berasakan jenama tapi dia orang pakai ikut kesesuaian muka. Sebagai contoh kalau pelembap pakai jenama Etude tapi pencuci muka pula pakai faceshop. Kat Korea kalau korang masuk kedai yang jual produk kecantikan memang diberi sample percuma contohnya pelembap , serum , BB Cream dan mcm-mcm lagi la . So boleh la dia orang cuba kat rumah. Macam kita kat Malaysia ni nak minta sample kena beli dulu produk berkenaan. Dah la kena beli botol yang besar yang boleh pakai sampai 2 bulan dan kalau produk tu tak sesuai dengan muka kan dah rugi.


Eh panjang pula cerita i ni. So masa kat Korea i ada cuba produk Etude khas untuk Pore. Kulit muka i memang berminyak disebabkan liang roma terbuka. Bila i cuba sample tu i dapat rasa yang kulit muka i rasa segar sangat n kulit muka kurang berminyak. Nama produk ini ialah Wonder Pore Freshner dari Etude. Korang mesti cuba sebab tak menyesal kalau beli. Botol dia memang besar n kalau i rasanya boleh pakai 3 bulan kot haha.... i dah pakai selama 3 minggu dan memang tak ada masalah. selepas pakai produk ni memang kulit muka i dah kurang berminyak tapi liang roma tu masih lagi ada cuma tak ada masalah tersumbat or kotor lagi. Insyaallah kalau pakai secara berterusan boleh membantu untuk kecilkan liang roma muka juga...Sekarang ni i dah cuba dua produk dari Etude iaitu Wonder Pore ni dan juga CC Cream. Next entry i cerita pula pasal CC Cream....