Wednesday, 13 November 2013

Review produk SKINCERITY

Perempuan memang suka kalau bab-bab kecantikan nie...termasuk aku le..semua perempuan nak kan kulit yang cantik, bersih dari cela, gebu dan paling penting kulit yang sihat kan...Pernah tak dengar produk Skincerity ni?..Aku pernah dengar pasal produk ni tapi tak berani nak cuba..Bila sorang kawan tetiba je bagi aku kertas yang mengandungi maklumat tentang produk skincerity nie (kawan aku ni lelaki k....sama ofis)..dia nampak sangat perubahan pada wajah isteri dia..dari kulit muka yang kusam jadi gebu dan kulit muka isteri beliau nampak tegang...beliau pun tunjukkan gambar isteri beliau..memang cantik sangat kulit muka isteri beliau(aku tak pernah tengok muka isteri beliau sebelum ni so aku tak tahu la perubahan yang ketara sangat atau biasa)..paling penting aku nak cuba produk nie...so aku pun beli..

skincerity 30ml

Produk skincerity nie dah diiktiraf sebagai Best Selling Cosmetic Product 2013. Diuji secara dermatologi dan klinikal, gred farmaseutikal, disyorkan pakar kulit, lulus FDA, sesuai untuk semua  jenis kulit, jantina dan usia termasuk bayi..

Sebenarnya produk ni macam kita pakai masker muka sebab tu nama diberi nama Skincerity Nightly Breathable Masque...dipakai cuma waktu malam sebelum tido. Bila bangun dari tido muka rasa sangat segar (bila bangun tu boleh la cuci muka dengan air suam untuk menghilangkan sisa masker pada kulit)

5 MANFAAT UTAMA SKINCERITY:

1. Cleanse - Membersihkan kulit daripada bakteria dan kuman

2. Rejunavate - Membantu pembentukan sel dan jaringan kolagen dengan kandungan atioksidan dan antipenuaan nya. Menghilangkan kedutan halus dan ada lifting effect

3. Exfoliate - membuang/menanggalkan sel2 kulit mati.  

4. Amplify - Bertindak sebagai BOOSTER kepada produk skincare/kecantikan yang sedang anda gunakan.

5. Moisturizer - Melembap dan menghaluskan kulit. 


aku dah seminggu pakai produk ni dan memang dalam masa 3 hari dah nampak perubahan dimana kulit muka kurang berminyak dah liang pori kurang jelas kelihatan....kulit muka aku ni memang kuat berminyak menyebabkan selalu je di singgahi oleh sang jerawat...kalau dah tumbuh jerawat ni kesan atau parut jerawat tu mesti ada dan semestinya lambat nak hilang..sebab itu jugak la aku beli produk ni sebab nak hilangkan parut jerawat pada muka...selain daripada itu bila aku pakai produk ni jerawat yang baru mula nak tumbuh tetiba kecut hehe....aku tak jual produk ni tapi kalau berminat boleh beritahu nanti aku tanya kawan aku ada stock lagi tak.





No comments:

Post a Comment