Review : MAC Mineralize Skinfinish Natural
Salam semua!!!
Dari dulu i memang tak suka nak pakai foundation or compact powder. salah satu dari sebabnya ialah i tak suka rasa mcm tebal je kat muka ni. I lebih suka pakai loose powder je kalau nak keluar. Tapi loose powder tak boleh nak cover up sepenuhnya dan selalunya time tengah hari macam tu muka akan mula berminyak.
Nak jadikan cerita macam mana boleh terbeli Mac Mineralize Skinfinish compact powder ini ialah bila tengok review pasal produk ni dalam majalah Cleo. Ramai yang mempunyai masalah oily skin bila cuba pakai compact powder ni kulit muka tak berminyak sangat sangat bila guna dari pagi sampai ke petang. I pun mula berangan nak beli hehe tp bila check harga agak keberatan juga nak beli sebab harga dalam RM105.00. Tapi disebabkan tak tahan dengan kulit muka yang asyik berminyak so i tak fikir panjang dan terus pergi butik MAC terdekat dan beli.
Memang berbaloi uolls... produk ni memang best & i love it so much!!! Texture mineralize skinfinish ini memang very soft sampai i rasa macam tak pakai apa2 muka. Its creates the perfect matte finish for a long lasting makeup. lagipun muka i kurang berminyak bila pakai compact powder ni :) Its blend very well with my face dan ada affect shimmer sikit kat muka.
Kalau uolls nak cari compact powder yang sesuai untuk oily skin, natural matte finish, perfect light coverage cubalah MAC Mineralize Skinfinish Natural ini. Tapi nasihat i sebelum beli cuba dulu kat muka korang. kalau rasa tak sesuai jangan terus beli sebab kulit muka kita semua tak sama. Kalau nak cuba korang boleh pergi ke butik MAC sebab sale asistant kat situ boleh applykan kat muka uolls dulu dan dari situ korang boleh rasa texture produk ini :)
Ok..sekian terima kasih!!!
No comments:
Post a Comment