Tuesday, 31 December 2013

Goodbye 2013 & Welcome 2014

Syukur ke hadrat illahi kerana kita semua masih lagi bernafas dan seterusnya mengharungi kehidupan kita di tahun baru 2014.

Sudah tentu kita semua akan merindui segala kenangan di tahun 2013. Begitu jugak aku dan bagi aku 2013 banyak meninggalkan kenangan manis, begitu juga kenangan pahit.

Syukur kerana selama setahun berada di negeri orang banyak perkara yang aku pelajari. Belajar untuk hidup berdikari, belajar untuk memasak, belajar untuk banyak bersabar hidup jauh dari keluarga.

Syukur kerana aku berjaya menghabiskan pengajianku di UUM dan mendapat segulung Ijazah yang selama ini aku usahakan walaupun bgitu banyak dugaan dan rintangan yang terpaksa aku lalui. What i believe is "Successful people is keep moving, they make mistake but they never quit".

Syukur kerana aku berjaya menjejakkan kaki di bumi Korea diantara tempat yang aku ingin pergi. What make me happy is because aku pergi dengan berkat usaha aku sendiri. "if you really want something you will find a way". syukur bisnes yang aku masuk memang memberi banyak peluang yang aku sendiri tidak boleh perolehi dengan mudah.

Terima kasih kepada my family mak, my hubby, mami, ayah,nini, suria, my brothers n all my sister in law kerana sentiasa memberi semangat dan dorongan dikala suka dan duka...


Terima kasih dan syukur Ya Allah di atas segala nikmat dan rezeki yang engkau berikan kepada kami sekeluarga. Hanya kepada Mu tempat kami meminta dan mengadu.

Semoga tahun baru 2014 akan memberi lebih makna dalam kehidupan kita semua.

Selamat Menyambut Tahun Baru 2014.






Wednesday, 25 December 2013

happy holiday :)

Happy holiday!!!!

we wish u a merry christmas, we wish u a merry christmas n a happy new year...merry christmas to all my friend n happy holiday uoll.....cuti christnas aku n husband n ank aku apa lagi pergi shopping la hehe(tak abis2 dengan shopping)..aku sebenarnya nak cari handbag color hitam sebab bla aku tengok koleksi handbag aku langsung tak ada color hitam...of coz yg banyak color pink la kan sebab aku kan fanatik dgn color pink...so pencarian pun bermula...


i really love this handbag from Charles & Keith, color cream n pink je tinggal...warna hitam dah out of stock huhu (sedih akak tau)..


Yang ni pun aku suka, jenis hobo bag n color hitam n sangat simple from kak Dorothy Perkins..sesuai la dengan aku yang suka nak bawa byk barang walaupun barang tu tak penting :)

Semata-mata nak cari bag aku perjalanan kita orang dari Johor Premium Outlet sampai ke Singapore in ONE day..tapi berbaloi sebab akhirnya akak dapat beli kedua-dua handbag ni(mula-mula nak beli satu je tp bila husband cakap dia bayar aku terus tersenyum lebar kegembiraan)....


ni pulak gambar anak aku sibuk nak cuba beg juga....beg tu dah sampai ke kaki sayang mcm mana nak pakai ...ermm begitu la perangai anak aku sebijik macam mak dia suka nak lawa lawa...



Sunday, 22 December 2013

Universal Studio Singapore & Orchard Shopping Centre

Hari sabtu lepas sempat pergi ke Singapore 2 hari....1st day pergi Universal studio dan last day kita orang shopping kat Orchard...Best sangat sebab singapore great sale memang berbaloi kalau nak shopping...yelah kalau korang pergi H&M baju  harga dari $10 sampai & $30 dollor je....aku memang pantang tengok H&M ni...kalau boleh semua aku nak beli nasib my hubby ada(semua baju yang aku nak beli kena tunjuk kat dia dahulu sebab dia yang bayar haha)....cuma yang tak best bila part nak fitting baju na bayar terpaksa berbaris panjang (aku ni tak suka kalau bab berbaris panjang ni)...

Sama juga first day pergi ke Universal Studio disebabkan hari sabtu dan school holiday suasana di USS memang sesak sangat( macam-macam bau ada :( aku memang rasa nak muntah pun ada nak pengsan pun ada)

Suasana christmas memang terasa sangat kat USS


Baju akak sama color dengan pokok christmas kat belakang haha...

Hari kedua kita orang pergi area Orchard Road untuk shopping yeaaaa!!!!orang yang paling happy of coz la akak hehe...H&M, Forever 21, Zara memanggil je nama akak...sepanjang perjalanan tu kerja kita org ambil gambar je....yelah suasana christmas di Singapore memang best..christmas decor dia orang mmg cantik n dia org buat sepanjang jalan Orchard Road tu...


My love, my mother in law, my anak aku tido time ni so dia kat tepi tu je hehe

I really love the combination color of my outfit that day...bright yellow + brown n aku selitkan sengan sedikit hitam sebab tu la ku pakai leopard shawl tu...

Next year insyaallah nak pergi lagi...yeehuuuu!!!!!

Wednesday, 13 November 2013

Review produk SKINCERITY

Perempuan memang suka kalau bab-bab kecantikan nie...termasuk aku le..semua perempuan nak kan kulit yang cantik, bersih dari cela, gebu dan paling penting kulit yang sihat kan...Pernah tak dengar produk Skincerity ni?..Aku pernah dengar pasal produk ni tapi tak berani nak cuba..Bila sorang kawan tetiba je bagi aku kertas yang mengandungi maklumat tentang produk skincerity nie (kawan aku ni lelaki k....sama ofis)..dia nampak sangat perubahan pada wajah isteri dia..dari kulit muka yang kusam jadi gebu dan kulit muka isteri beliau nampak tegang...beliau pun tunjukkan gambar isteri beliau..memang cantik sangat kulit muka isteri beliau(aku tak pernah tengok muka isteri beliau sebelum ni so aku tak tahu la perubahan yang ketara sangat atau biasa)..paling penting aku nak cuba produk nie...so aku pun beli..

skincerity 30ml

Produk skincerity nie dah diiktiraf sebagai Best Selling Cosmetic Product 2013. Diuji secara dermatologi dan klinikal, gred farmaseutikal, disyorkan pakar kulit, lulus FDA, sesuai untuk semua  jenis kulit, jantina dan usia termasuk bayi..

Sebenarnya produk ni macam kita pakai masker muka sebab tu nama diberi nama Skincerity Nightly Breathable Masque...dipakai cuma waktu malam sebelum tido. Bila bangun dari tido muka rasa sangat segar (bila bangun tu boleh la cuci muka dengan air suam untuk menghilangkan sisa masker pada kulit)

5 MANFAAT UTAMA SKINCERITY:

1. Cleanse - Membersihkan kulit daripada bakteria dan kuman

2. Rejunavate - Membantu pembentukan sel dan jaringan kolagen dengan kandungan atioksidan dan antipenuaan nya. Menghilangkan kedutan halus dan ada lifting effect

3. Exfoliate - membuang/menanggalkan sel2 kulit mati.  

4. Amplify - Bertindak sebagai BOOSTER kepada produk skincare/kecantikan yang sedang anda gunakan.

5. Moisturizer - Melembap dan menghaluskan kulit. 


aku dah seminggu pakai produk ni dan memang dalam masa 3 hari dah nampak perubahan dimana kulit muka kurang berminyak dah liang pori kurang jelas kelihatan....kulit muka aku ni memang kuat berminyak menyebabkan selalu je di singgahi oleh sang jerawat...kalau dah tumbuh jerawat ni kesan atau parut jerawat tu mesti ada dan semestinya lambat nak hilang..sebab itu jugak la aku beli produk ni sebab nak hilangkan parut jerawat pada muka...selain daripada itu bila aku pakai produk ni jerawat yang baru mula nak tumbuh tetiba kecut hehe....aku tak jual produk ni tapi kalau berminat boleh beritahu nanti aku tanya kawan aku ada stock lagi tak.





Minat mendalam terhadap rekaan fesyen

Sebab-sebab minat terhadap fesyen jugak lah aku bukak butik pakaian dulu. Aku ni memang suka tengok baju yang cantik, color yang ceria, design yang lain dari yang lain( aku tak suka pakai baju yang sama dengan orang...bukan riak tau) dan di sebabkan itu aku ada baju rekaan aku sendiri yang aku jual di butik.. aku ada pekerja yang aku upah untuk menjahit pakaian di butik dan setiap rekaan yang aku buat sentiasa mendapat sambutan dari orang ramai..banyak yang sependapat dengan aku iaitu tak nak pakai baju yang design sama dengan orang lain...aku kalau buat satu rekaan aku akan buat untuk saiz S,M dan L je...dan setiap saiz menggunakan kain yang berlainan...sampai one of my customer suruh aku jahit baju untuk dia (sebab dia pakai sz XL)...dari situ la aku terfikir nak belajar jahit pakaian...tapi impian nak belajar menjahit tak kesampaian bila aku terpaksa pindah ke Johor kerana mengikut suami yang bekerja di Singapore.. aku pun jual butik pakaian aku dengan hati yang sedih sangat( tak ada orang yang boleh tolong uruskan butik sebab tu ambil keputusan untuk jual)...


Baju yang aku pakai ni..aku jahit sendiri..

Dalam gambar di atas baju kurung moden ni aku jahit sendiri...Ceritanya macam nie...sebelum raya tahun ini aku memang dah terpikir fesyen macam mana yang aku nak tapi bila aku nak hantar kain untuk di jahit dan tunjukkan design yang aku nak..terus aku pengsan...perempuan tu kata kalau design macam ni kami letak harga RM 300.00....aku pun terkejut dan terus blah (dalam hati menyumpah sebab tak puas hati mahal sangat...selepas balik aku singgah pergi angsana dan beli peralatan untuk menjahit..aku tekad yang aku akan buat sendiri baju raya tahun ini mengikut rekaan aku sendiri.... akhirnya 2 hari sebelum raya aku berjaya menyiapkan baju kurung moden seperti di atas...kos yang keseluruhan cuma dalam RM170 je termasuk kain dan juak lace yang aku tampal dekat bawah baju dan lengan baju...

bila time raya banyak yang memuji baju yang aku pakai cantik siap tanya beli kat mana...jawapan aku mudah je....akak buat sendiri .murah dan puas hati....banyak yang suruh aku buat baju lepas tu tapi aku tak berani nak setuju sebab aku belum mahir lagi...tapi sekarang aku dah berani untuk ambil tempahan sebab aku dah pergi kelas menjahit...rasanya sayang kalau kita ada bakat dan minat yang mendalam terhadap sesuatu perkara tapi tidak digunakan sepenuhnya...

Perancangan seterusnya aku nak buat baju untuk budak-budak pulak....dengan rekaan aku sendiri dan jahitan aku sendiri...mudahan tercapai impian aku nak jadi pereka fesyen yang terkenal dengan mutu jahitan yang berkualiti...chaiyo...chiayo....

Baju kurung moden scallop sudah siap....

Kenapa Hati Tidak Bahagia




9 Sebab Hati Tidak Bahagia.... 

a) Pemarah
Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang.

b) Pendendam
Tersembunyi ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

c) Hasad dengki
Amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

d) Bakhil
Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dan lain-lain dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.

e) Tamak
Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut, walau berapa banyak yang diminum tetap tidak habis juga (lagipun orang tamak selalu rugi). Ingat! Yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita (mungkin ada hak orang lain di situ). Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

f) Tidak sabar
Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar.

g) Ego
Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. Pasal semua orang ada egonya sendiri, cuma tinggi atau rendah tahap keegoan tersebut.

h) Riak
Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon-lakon di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak, takabbur dengan apar yang kita ada.

i) Cinta Dunia
Tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah, tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu (bila mati cuma bawa amalan dan doa anak yang soleh atau solehah). Cinta dunia merupakan 'neraka dunia' kerana dunia itu 'panas' akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati

*Untuk renungan kita bersama. Mudah mudahan selepas ini kita sentiasa menjaga hati kita agar sentiasa bersih dari sifat seperti di atas. Amin

Friday, 1 November 2013

Rahsia Dagu Runcing

Tetiba je rasa nak post pasal dagu runcing pulak. Bukan apa aku post gambar aku dekat fb n instagram. pastu member aku komen pulak beritahu dagu aku nampak runcing dalam gambar tu...



Jaket tu aku beli kat Butik PROMOD & skirt pula NICHI.

Sebenarnya dagu aku nampak runcing sebab teknik membelit selendang yang memain peranan hehe...bentuk muka aku ni sebenarnya 'bujur telur' (arwah bapak aku yang beritahu dan aku pun tak tahu mana datangnya istilah bujur telur tu :)..Kalau aku tak pakai selendang bentuk muka aku nampak bulat. Sebab itu aku suka pakai selendang dari pakai tudung yang ada awning tu. Selain itu, aku amalkan juga makan stemcell n collogen ( orang kalau 1st time jumpa aku selalu ingat aku masih sekolah lagi....ohhh syoknya hatiku ini bila dengar). Awet muda la sangat haha..Aku rasa sikap memain peranan juga.Aku ni happy go lucky punya manusia. aku jarang nak marah dengan member aku (kecuali husband...bukan apa dengan husband saja je cepat merajuk bila dimarah sebab nak bermanja hehehe)

Jadi jangan la korong ingat aku ni buat apa2 dengan dagu aku ye....tak la seruncing erra fazira or umie aida ok....Biasa je aku tengok....untuk kesihatan korang boleh cuba makan stemcell n collogen sebab kedua-duanya bagus untuk kesihatan dan kecantikan luaran dan dalaman. Terus terang aku cakap yang kulit muka aku lebih tegang & nampak glowing dari dahulu (dulunya selalu je orang tegur muka aku nampak kusam & tak bermaya tapi sekarang ramai yang tanya aku pakai produk apa untuk kulit muka)....Sebagai wanita kita kena la jaga kesihatan  dan juga kecantikkan. Mesti korang tak nak husband dan boyfriend korang tengok perempuan lain kan. So akhir kata dari aku jaga lah kesihatan dan kecantikan dari sekarang...bye


Kulit Muka Bebas Dari Minyak Dan Liang Pori Tidak Akan Tersumbat

Hai uolls, kali ni i nak cerita pasal satu produk kecantikan dari Korea. Maklum lah kan sejak i balik dari Korea, i memang suka sangat tengok muka perempuan Korea ni. Terutama sekali kulit muka diorang memang sangat cantik,gebu dan bersih. So i ni kan kepo i tanya la orang Korea sendiri produk apa yang diorang pakai. Rupanya diorang ni suka pakai BB Cream atau CC Cream. Patut pun BB Cream memang famous kalau kat Korea. Selain tu dia orang ni bukan jenis yang pakai produk kecantikan berasakan jenama tapi dia orang pakai ikut kesesuaian muka. Sebagai contoh kalau pelembap pakai jenama Etude tapi pencuci muka pula pakai faceshop. Kat Korea kalau korang masuk kedai yang jual produk kecantikan memang diberi sample percuma contohnya pelembap , serum , BB Cream dan mcm-mcm lagi la . So boleh la dia orang cuba kat rumah. Macam kita kat Malaysia ni nak minta sample kena beli dulu produk berkenaan. Dah la kena beli botol yang besar yang boleh pakai sampai 2 bulan dan kalau produk tu tak sesuai dengan muka kan dah rugi.


Eh panjang pula cerita i ni. So masa kat Korea i ada cuba produk Etude khas untuk Pore. Kulit muka i memang berminyak disebabkan liang roma terbuka. Bila i cuba sample tu i dapat rasa yang kulit muka i rasa segar sangat n kulit muka kurang berminyak. Nama produk ini ialah Wonder Pore Freshner dari Etude. Korang mesti cuba sebab tak menyesal kalau beli. Botol dia memang besar n kalau i rasanya boleh pakai 3 bulan kot haha.... i dah pakai selama 3 minggu dan memang tak ada masalah. selepas pakai produk ni memang kulit muka i dah kurang berminyak tapi liang roma tu masih lagi ada cuma tak ada masalah tersumbat or kotor lagi. Insyaallah kalau pakai secara berterusan boleh membantu untuk kecilkan liang roma muka juga...Sekarang ni i dah cuba dua produk dari Etude iaitu Wonder Pore ni dan juga CC Cream. Next entry i cerita pula pasal CC Cream....

Thursday, 10 October 2013

New From Bodyshop - HONEYMANIA!!!!


Semalam ada appoinment dengan mentor i, fazi kat Angsana. Janji nak jumpa kat Kenny Rogers Roasters. Kita orang ni kalau berjumpa mesti kat kedai makan (mana tak gemuk  huhu). Tapi i tak kisah sebab i ada Korset PB. Korset ini membantu untuk mengekang nafsu untuk makan banyak.
Sementara menunggu fazi, i pergi la kat kedai Bodyshop  memang tak jauh dari Kenny Rogers pun. Bukan apa i tertarik kepada decoration yang comel sangat. Rupanya Bodyshop memperkenalkan produk terbaru dia orang yang berasaskan madu dan diberi nama 'HONEYMANIA'.


Untuk produk terbaru Bodyshop Honeymania ni dia ada bodywash, bodycreame, soap, lipbalm, n perfume. I cuba la jugak honeymania perfume...memang sedap betul bau dia. Memang i falling in love dengan bau honeymania perfume ni (kat umah perfume Lancome La Vie Est Belle pun belum habis pakai dah ada hati nak beli yang baru). Tanpa berfikir panjang i pun beli n memang puas hati sangat dengan bau dia. Kalau korang nak tahu bau dia macam mana cuba korang imagine kalau madu dicampurkan dengan bau bunga. Macam tu lah bau si Honeymania perfume ni. Harga dia pun ok untuk botol kecil 30ml cuma Rm49.90 je.

Honeymania bodycream pun sedap jugak bau dia tp i tak beli coz i tak suka pakai bodycream tapi kalau lotion i suka. Sebab cream ni texture dia melekat sangat jika dibanding dengan lotion. Kalau korang beli sekarang ada voucher percuma tau boleh beli mana- mana barangan Bodyshop yang bernilai Rm15.00.

Kalau korang nak tahu lebih lanjut mengenai produk terbaru Bodyshop ni boleh la layari laman web www.thebodyshop.com.my

My Mentor Dalam Business Premium Beautiful

Ramai orang yang gagal dalam perniagaan adalah disebabkan kekurangan ilmu pengetahuan dan pengalaman dalam perniagaan. Menurut kata Dr Azizan Osman salah seorang pakar strategi pemasaran, jurulatih transformasi pemasaran, orang yang berjaya dalam perniagaan perlu ada mentor. Mentor ini merujuk kepada orang yang telah berjaya dalam  sesuatu perniagaan. Sebab itu kita perlu belajar dari mereka ini supaya kita pun boleh berjaya seperti mereka....

Hanis Haizi

Dalam usia yang 30an beliau sudah bergelar jutawan. Dari housewife sekarang beliau adalah antara wanita yang berjaya dalam bisnes dan income beliau dari 4 angka sekarang dah jadi 6 angka. Tapi beliau juga berusaha untuk mencapai kejayaan. Tak ada maknanya Allah nak bagi rezeki kepada kita kalau kita hanya duduk tunggu duit datang kepada kita. Usaha itu penting dan jangan lupa berdoa kepada Allah s.w.t. I pernah tau pergi bercuti dengan beliau ke Korea baru-baru nie....i dengan Hanis satu Group dan nama group kita orang GLAM. Hanis adalah kami punya LEADER. Kisahnya begini, semasa kita orang pergi ke Paju Premium Outlet( ala- ala JPO tp sini kawasan dia lebih besar dan lebih banyak lagi barang-barang Branded). Kita orang masuk le ke butik COACH, tetiba tengah membelek beg datang minah Korea ni ambil lebih kurang 10 ke 15 bijik beg COACH yang kecik tu dan bila i toleh je kat belakang rupanya Hanis Haizi yang punya. Bayangkan korang harga satu beg yang kecik tu pun dah dalam 250.00 hinggit duit Malaysia tau. Tu baru COACH belum lagi jenama yang lain seperti CHANEL, PRADA dan etc. Kalau i jadi Hanis pon, shopping sakan la...

Nurfaziha

I rasa bersyukur sangat bila dijumpakan dengan fazi. Dari Fazi la i tahu pasal bisnes PB ni. Bila baca blog beliau rasa teruja sangat, yelah dapat melancong dengan free sampai ke Paris, lepas tu income dia dah capai 5 angka (5 angka tu dalam 10k dan ke atas la kan). I suka sangat dengan fazi ni sebab dia memang suka tolong orang esp business partner dia. Dia sentiada membantu dari segi nasihat, cara berbisnes n tak lokek untuk berkongsi ilmu. Sampaikan dia sanggup datang ke Kuching untuk membantu team i untuk memperkukuhkan lagi bisnes PB ni di Sarawak. Insyaallah. 


Bagi i untuk mencapai kejayaan jangan cepat putus asa n usaha sampai berjaya. Rahsia kekayaan di dunia ini adalah dengan berbisnes. Kalau kita tahu kita mampu n kita nak mengubah taraf hidup kita menjadi lebih baik maka pilihlah bisnes yang betul-betul dapat merealisasikan impian kita. Kami akan membantu anda untuk berjaya bersama kami sekiranya anda memilih bisnes ini. Tagline bisnes kami ialah Kawan Tolong Kawan....nak tahu lebih lanjut boleh la sms i ke no 016-8841823.

Wednesday, 9 October 2013

Free Trip Ke Korea Bersama Hai O ....Memang Best (Part 1)

I selalu berangan nak pergi melancong ke Korea.Semuanya kerana terlampau fanatik sangat dengan cerita korea (sebab utama pelakon lelaki yang hensem la ). Angan-angan ini dipanjangkan la ke husband i konon nya nak mintak belas kesian bawak i pergi Korea la kan..tapi jawapan yang i dapat sabar la syg nanti kalau ada rezeki kita pergi (dah masuk 5 tahun dah pun i asyik bagi hint). Syukur alhamdullilah selepas masuk bisnes PB bersama Hai O selama 4 bulan i dah berjaya dapat pergi ke Korea ( dalam masa 4 bulan je uolss jika dibandingkan dengan 5 tahun permintaan i) bukan i cakap husband tak nak bawak tp komitmen dia terhadap keluarga dari segi kewangan n masa yang menyebabkan harapan ini terpaksa di simpan..

Kenapa i cakap percutian ke Korea bersama dengan Hai O ni best sangat2 sebab -sebab berikut:-

  • Tiket, penginapan (hotel) dan makan semuanya free coz ditanggung oleh company...(bawa duit untuk shopping je mak oiii...best sangat)
  • Stay dekat hotel 5 star lagi tu. yelah kalau kita pergi dengan keluarga n guna duit sendiri memang tak akan pilih hotel 5 star sebab mahal tapi trip dengan Hai O kita semua dilayan bagaikan VIP
  • Pasal makan pula pihak company memang jaga betul kita semua ni sebab Korea kalau uolls nak tahu makanan yang halal memang susah nak cari n kebanyakannya mahal. ingatkan balik dari Korea boleh la kuruskan badan (ingatkan makan kimchi je) tapi makan ala hotel n banyak sangat pilihan n ofcoz HALAL
  • Tempat yang kita lawati adalah tempat yang bersejarah di Korea dan paling best nya kita orang dibawa ke Premium Outlet (namanya i lupa pulak). Kat sini semua branded item memang murah seperti COACH, MICHAEL KORS, BURBERRY dan banyak lagi la (rasa nak pengsan tengok beg COACH boleh beli dengan harga serendah RM800 je)
  • Paling menarik sekali kita orang dibawa ke LOTTE WORLD. LOTTE WORLD ni taman tema permainan ala macam Universal Studio kat Singapore ( nanti i cerita lebih detail dalam entry lain k)
  • Semangat diantara semua busines partner amat rapat n kami enjoy sangat. sebab itu i pilih busines ni sebab i ada mentor dan juga kawan yang sama-sama nak berjaya.


Pesanan i kepada uolsss kalau nak berjaya dalam bisnes pilihlah bisnes yang kita tahu matlamatnya n kita mempunyai orang yang boleh kita rujuk atau MENTOR..Follow orang yang telah berjaya akan menghasilkan kejayaan juga kepada kita. sempat juga i bagi pesanan penaja haha.

Kalau anda mahu menjadi seperti saya janganlah segan silu untuk menelefon saya di nombor 016-8841823 (Norisma)


Tuesday, 8 October 2013

Tahniah Asz n Ira...

Rasa gembira sangat coz on 8.10.2013, isteri adik ipar i selamat melahirkan seorang baby girl yang di nama Suri Madina Rose.....suka sangat nama Suri macam nama anak Tom Cruise.....


Muka Suri ni sebijik muka mak dia....hehe adik ipar aku tak puas hati coz tak ada iras muka dia si Suri nie....tapi bila dia bukak mata rupanya mata dia macam mata bapak dia sepet.....untuk pengetahuan uoll mak mertua i berbangsa cina dan bila dia kawin dengan bapak mertua i dia pun memeluk islam...sebab itu muka husband n adik ipar i memang 100% muka cina...tak percaya mari tengok gambar nie....

Ini gambar Raya tahun ni....time ni adik ipar i baru masuk 7 bulan kandungan dia....happy sangat2 sebab keluarga kita orang dah bertambah besar....tak lama lagi mak mertua n bapak mertua i penin kepala nak melayan cucu2 pulak...

Thursday, 24 January 2013

My dream comes true

Salam uolsss....mesti semua ada impiankan....hehe salah satu impian isma nak beli beg coach....setiap kali lalu kat JPO mesti singgah tengok tp pastu keluar balik....hehe tak cukup duit...ada duit pun pikir lagi komitmen yg banyak...tp syukur sangat rezekibdi tahun 2013 ni murah sangat....sebab itu isma mampu beli beg coach ni...kalau harap gaji je mmg tak mampu akak ni.....isma berkenan juga dengan bag michael kors tp suami cakap bag coach lagi cantik n sesuai dgn i....hehe beli bag coach dulu insyallah ada rezeki bulan depan bag michael kors pula :)

Fast Action Fast Result

Salam semua....lama dah tak update blog...kebelakangan ni busy sangat dengan bisnes...dengan sesi trial PB dan juga bisnes meeting...selalunya bila customer dah pakai PB mereka akan menjadi ikutan kekawan sehingga ada yang join sekali bisnes ni sebab ada permintaan PB :)......Bagi isma, the best testimonial is ourself dan dengan perubahan yang kita alami kita sebolehnya share dengan kawan-kawan, family n also public....macam minggu lepas isma buat sesi trial kat rumah n one of my sister friend tak tahu apa masalah kesihatan yang beliau alami n dia datang just nak tahu pasal PB n bagi sokongan...but i said to her to cuba n PB is not only to those yang ada masalah kegemukan tp untuk kesihatan kita juga....so dia pun cuba dalam 30 minit macam tu n then dia rasa sangat selesa n badan dia menunjukkan tindakbalas ketika menggunakan PB....ini disebabkan infraray yg ada pada PB  melancarkan peredaran darah beliau dan ketika itu beliau masih period....beliau terus beli 1 set...isma tak paksa orang untuk beli PB but i just want to share to all of u that....kita boleh habiskan duit beli handphone, beli handbag, beli emas or berlian tapi pernahkah kita terpikir untuk memperuntukan sejumlah wang yang banyak untuk kesihatan kita?....
Anda fikirkan bila kita sakit mampukah kita untuk bekerja?
Sebab itu isma sanggup membeli PB sebab memang isma ada masalah kesihatan n i always think if i sick who gonna take care of my husband, my daughter my mom n everyone that i love ....what will happen to them?
Sebab itu sewaktu i cuba PB i terus beli sama macam semua customer isma yang lain....fast action fast result...insyallah :)

Tuesday, 22 January 2013

Masalah Paha dan Punggung yang Besar

Setiap wanita inginkan paha dan punggung yang cantik....ini merupakan aset bagi seorang wanita....
Bagaimana Premium Beautiful membantu anda....Dengan memakai Premium Beautiful secara konsisten 8 jam sehari lemak dan selulit akan hilang disebabkan berlaku proses penolakan lemak...selain itu kesan selulit juga akan pudar, membentukkan punggung agar jadi montok dan pejal tidak menampakkan punggung jatuh, memberi sokongan kepada pungung..banyak testimonial dr customer yang merasai sendiri perbezaan selepas memakai PB...Disebabkan itu berbuih mulut i cakap cuba dulu baru tahu kehebatan PB nie..

Thursday, 17 January 2013

Benefit Pemakaian Premium Beautiful Kepada Ibu Yang Menyusukan Anak

Ada seorang customer bertanya boleh atau tidak ibu yang masih menyusukan bayi memakai PB ini - kak ida dari johor

Jawapan:

Premium Beautiful adalah salah satu korset yang dicipta sesuai untuk ibu - ibu yang menyusukan anak di antara kebaikan nya ialah;

* pengeluaran susu badan akan menjadi lancar

* Para ibu tidak akan mengalami bengkak susu jika berlaku gap penyusuan kerana cup Premium Beautiful dapat menyeimbangkan pembesaran buah dada dan produksi susu

* Payudara tidak akan jatuh kerana dengan pemakaian PB secara konsisten akan membantu membaiki kedudukan payudara kepada kedudukan yang betul.

* Pemakaian PB boleh mengelakkan berlakunya payudara bernanah atau masam susu yang boleh menyebabkan breast cyst

* membantu memejalkan payudara yang lembik

Ramai yang saya tengok di kalangan dealer PB masib lagi menyusukan anak dan mereka juga memakai PB....sememang nya PB adalah produk 70% untuk kesihatan dan 30% untuk kecantikan....
Keputusan di tangan anda...kenapa kami memilih bisnis ini adalah 100% untuk membantu semua wanita agar lebih menhargai diri sendiri dan memikirkan masa hadapan dengan membuat pelaburan sekarang....
PB adalah produk untuk kesihatan anda!

Sakit Ketika Haid

Ramai wanita yang mengalami masalah sakit ketika datang bulan(haid) dengan kesakitan yang sangat serius sehingga ada yang terpaksa mengambil cuti sakit setiap kali datang haid ( i salah seorang yang tergolong dalam kategori ini :( .....sekarang tidak lagi :)
Sakit yang teruk ketika haid bukan masalah yang boleh di anggap remeh kerana ia turut menjadi pentanda penting supaya semua wanita yang mengalami masalah ini menjalani pemeriksaan awal bagi mengesan kewujudan Endometriosis.

Bagaimana pemakaian Premium Beautiful boleh membantu masalah tersebut:
# Kesan FIR yang ada pada Premium   Beautiful memainkan peranan penting kerana ianya membantu dalam melancarkan peredaran darah ketika datang haid

# menghilangkan rasa sakit sebelum dan sesudah datang haid

# mengatur kitaran haid secara normal

# membaiki sistem hormon agar menjadi lebih stabil

# mencegah dari risiko kanser rahim

Ini adalah testimonial dari kawan i sendiri yang menghidap endometrosis:

"Sejak saya memakai PB kitaran haid saya kembali normal di mana ianya datang pada setiap bulan dan saya tidak lagi mengalami sakit pinggang yang teruk.Saya sudah memakai PB selama setahun dan ianya amat selesa" - am dari swk

BADAN SECANTIK ROZITA CHE WAN DENGAN PREMIUM BEAUTIFUL?

Sememangnya lumrah wanita inginkan badan yang cantik,slim dan sihat....kalau boleh secantik badan Rozita Che Wan dan juga Dato Siti Nurhaliza....pakai apa saja style baju kat badan dia orang memang memukau setiap mata yang memandang...

Sememangnya mereka juga pengguna Korset Premium Beautiful dan seorang juru make-up artis yang bernama aida dari Damansara menceritakan

" nak tahu sebab apa saya pakai PB first set dulu? Saya seorang make-up artis dan memang bercampur gaul dengan artis begitu rapat di bilik persalinan. Saya begitu terkejut dan teruja melihat dengan mata kepala saya sendiri artis Rozita Che Wan memakai Premium Beautiful set. Patutlah badan dia sangat cantik, slim dan pinggang mcm kerengga....saya begitu teruja sangat nak pakai PB juga! Balim rumah saya search PB dan terus beli tanpa ragu-ragu...Best PB ni kesan dia memang on the spot...lemak makin tipis dan syukur berat maintain"

Kalau nak badan setanding Rozita Che Wan sekarang adalah waktunya untuk berubah!!!!!!

Tuesday, 15 January 2013

Bercuti di Bandung, Indonesia

I pernah ke Bandung, indonesia pada bulan oktober 2012 n i pergi bersama dengan my family....tiket kapal terbang n hotel memang  guna duit dari bisnes butik....dapat cover untuk i n my bisnes partner which is my own sister....memang best kalau kita ada bisnes sebab duit keuntungan yang kita dapat dari bisnes boleh digunakan untuk pergi melancong ke, nak simpan dalam bank ke...terpulang kepada kita....kalau nak harap duit gaji minta maaf la memang tak cukup....sebab itu bisnes tak akan lari dari hidup i....i memang follow arwah bapa i sbb arwah bapa i dulu menyara kita orang seramai 6 beradik hanya dengan buka kedai runcit je tapi mampu untuk hantar kakak i pergi universiti...tapi selepas beliau meninggal bukanhanya bisnes kedai yang beliau tinggalkan kepada mak i tapi arwah tinggalkan beberapa bidang tanah dan juga duit simpanan beliau dalam asb.....imagine uols buka kedai runcit je boleh beli tanah n simpan wang dalam asb...kita ni gaji beribu sebulan tapi nak beli tanah pun tak mampu.....syukur alhamdulillah i n my husband dah beli rumah....
I pun hairan ramai yang takut nak buat bisnes alasan takut rugi n bisnes tak jalan....terus terang i cakap bisnes perlukan mentor...belajar dari orang yang pernah buat bisnes...ikut cara dia buat bisnes barulah kita pun sama berjaya buat bisnes....biar cabaran datang kerana setiap cabaran akan mengajar kita untuk lebih berani dan mendewasakan kita supaya kita belajar cara untuk mengatasi cabaran dalam perniagaan....uols cuba la fikir....
Untuk pengetahuan anda semua tarikh percutian ke Shanghai secara percuma akan tutup pada bulan april ....kalau anda berminat buat bisnes n jadikan hidup anda free dari financial problem sila la sms saya n jadi my bisnes partner dan saya akan ajar anda untuk buat bisnes 0168841823

My daughter just like me......

Masa berlalu begitu cepat...now my daughter arieanna dah masuk 4 tahun..she just like me mcm mini me hehe....if i said we want to go shopping dgn cepat dia akn ambil baju princess dia n said 'isha cantik macam mama'...lepas tu ambil lip gloss dan posing depan cermin.... kecil-kecil lagi dia tahu nak cantik apatah lagi kalau bab pilih baju...semua dia nak pilih sendiri...
Teringat i satu artikel yang i baca kat majalah Glam...cerita dia mcm ni ...si penulis duduk tunggu kawan dia dekat satu cafe yang org kata cukup terkenal n famous di tengah bandar kuala lumpur....dia ni duduk di luar cafe coz org lelaki biasa la kan mesti nak merokok...pastu ada sebuah kereta parking kat tepi cafe dan keluarlah seorang wanita yg memang cun bertudung ala turban dengan kasut tumit tinggi dan bercermin mata gelap...kalau tengok sekali mcm dato ct la katakan....si penulis ni memang terpukau la dek kejelitaan wajah dah juga style yang up to date....tapi bila si wanita ni buka pintu kereta belakang keluar la dua budak yang memang comot macam belum mandi pagi sedangkan jam dah pukul 12 tghari...waktu tu juga si penulis terus hilang rasa terpukau dgn wanita itu tadi kerana walaupun stylo n cantik tapi imej anak langsung tidak dipedulikan...at least kemaskan anak sebelum keluar rumah n jadikan anak sebagai keutamaan kita....cerita itu menjadi pengajaran kepada saya agar sentiasa memastikan my daughter sentiasa kemas dan bersih....kalau mak stylo anak kenalah stylo juga baru best....

Monday, 14 January 2013

Masuk Jerat MLM

myMetro | Masuk jerat MLM

Terkejut sangat apabila baca berita ni kat my Metro....
Sebab itu  sebelum anda semua masuk mana-mana bisnes MLM semak dahulu ;

Latarbelakang company(make sure company yang besar kerana biasanya company yang besar takut sangat berita yang negatif terjadi kpd mereka)

Apa produk yang dijual

Apa pelan pemasaran

Apa benefit produk untuk orang ramai ( kalau setakat nak jual sabun baik tak payah )

Ada tersenarai dalam papan bursa saham tak

Sapa CEO company kena tahu tau

Sebelum masuk mesti buat kajian dahulu mcm i sebelum masuk bisnis premium beautiful i berdoa agar bisnis ni dpt memberi rezeki yang halal

Kena ada mentor yg sentiasa menjaga anda ...kerjasama amat penting

Kepada semua student IPTA kalau boleh duit pinjaman belajar tu pakailah untuk belajar....lebih berkat :)

Bye uols....

Find Your Body Shape

Style Me - Find your body shape - Channel4 - 4Beauty

Mesti ramai yang tak tahu macam mana nak mengkategorikan shape badan uols kan....klik dekat link yang i bagi tu and ikut je apa yg dia nak....i nie termasuk dalam kategori apple shape iaitu bermasalah di bahagian perut (bila pakai pb dah terkeluar dari kategori tu n masuk ke kategori hourglass pula uols)

Kalau dah tahu shape badan kita sendiri memudahkan kita nak cari baju yang sesuai dengan bentuk badan dan of coz sentiasa nampak cantik....pastu suami tak la complain pasal penampilan kita tapi semakin sayang pulak dah....
Selamat mencuba
Kalau nak cari baju or skirt yang cantik pergi ke www.facebook.com/luvly pink closet

Mee Rebus Tulang

Kalau nak makan mee rebus yang sedap i suggest uols pergi sini...ZZ Sup Tulang....memang sedap...setiap pagi kat sini la tempat i n husband breakfast....i tak risau lagi nak makan byk sebab ada korset premium beautiful my bestfriend :)

Selain mee rebus kat sini ada jual nasi lemak kukus, roti jala, roti canai, lontong, soto ayam....ikut selera masing-masing uols nak makan apa cakap je....kat sini memang semua ada. Kalau pergi hari ahad memang penuh meja n kena datang awal...i tengok kat gambar yang di letak dekat cashier...anuar zain pernaha makan sini selain tu faizal ismail, haizi, rosyam nor dan ada beberapa artis yg i tak ingat nama..
Harga memang berpatutan :)

Before n After

Banyak yang minta i upload gambar sebelum pakai korset premium beautiful dan selepas memakai korset ini....gambar sebelah kanan tu sebelum memakai korset dan berat badan ketika itu 65kg dan selepas pakai selama 3 minggu dah turun kepada 63kg n perut dah flat....sebab tu korset premium beautiful ni bagus diantara benefit yang i suka sangat dan memang berkesan ialah

1.kurang makan sebab bila makan korset ini secara automatik kita akan rasa kenyang n tak perlu diet ok :)

2.menyokong rahim bagi wanita yg ada masalah rahim jatuh atau masalah sakit dibhg bawah abdomen kerana long girdle berfungsi untuk menyokong rahim dan membantu bagi menangani masalah sakit ketika period

3.sesiapa yang ada masalah angin satu badan amat sesuai pakai korset ini kerana membantu mengeluarkan angin dan meningkatkan peredaran darah

4.mengurangkan masalah sembelit dan pelawasan

5. Sesiapa yang ada masalah dengan sakit belakang korset ini amat sesuai untuk anda kerana korset di telah terbukti membantu untuk mengatur postur badan (saya belum ni ada masalah postur badan bongkok sikit n bila pakai korset ni suami komen yg badan i dah ada shape n tak bongkok lagi...hehe happy sgt)

6.meningkatkan metabolisma badan..mcm i sebelum ini kalau malam pukul 9 dah tido sebab rasa penat sangat tapi selepas pakai premium beautiful paling awal pun pukul 11 i tido dan bangun pagi memang tak ada masalah.

Semua ini adalah benefit yang i rasa pada diri i selepas pakai premium beautiful. Anda semua mesti ada yang nak cuba premium beautiful tapi tak tahu nak cari siapa kan? Itu bukan masalah sebab i boleh bagi anda cuba dan rasa kenapa korset premium beautiful ni bagus sangat...call je or sms 0168841823...

Saturday, 12 January 2013

Kenapa Saya Memilih Busines Premium Beautiful?

Ini adalah soalan yang sering ditanyakan kepada saya sejak kebelakangan ini....terus terang saya nyatakan tujuan utama saya menceburkan diri dalam bisnes Premium Beautiful adalah untuk membantu semua kawan-kawan saya dan juga anda semua yang ada masalah dengan KETIDAK SEIMBANGAN HORMON ATAU PCOS....masalah yang sama seperti SAYA.....niat saya adalah untuk MEMBANTU anda semua.....saya dah cerita tentang masalah kesihatan saya dan saya mahu anda semua sentiasa peka dengan masalah anda juga...bagi yang malas nak makan ubat atau dah jemu asyik makan ubat carilah rawatan alternatif lain....bagi saya Premium Beautiful adalah rawatan alternatif yang terbaik bagi saya ketika ini....Masalah yang sering menghantui saya seperti cepat letih, selalu sakit di bhg peranakan, kitaran haid tidak normal, cepat mengantuk, kuat makan tapi kena gastrik juga....sebelum ni, bila  balik kerja saya  dah rasa letih dan kalau  lepas makan malam je saya dah mengantuk...masuk bilik je tidak sampai 30 minit saya dah berdengkur, anak  belum tidur lagi mak dia  dah sampai ke china n siap shopping lagi di Guangzhou (hehe tu mimpi ok).....satu lagi masalah saya ialah sakit di bahagian peranakan....kalau berdiri terlalu lama n angkat barang yang berat saya akan mula rasa sakit.....rupa-rupanya rahim saya terturun itu yg menyebab sakit.....kalau sebut pasal period memang saya pantang dengar orang yang ada masalah ini sebab saya merasai apa yang anda semua alami... setiap kali period saya memang sering ambil mc atau sick leave ye ( kalau kat opis lama memang dah tahu sangat) kerana saya memang akan demam dan sakit seluruh badan......Tapi syukur ke hadrat ALLAH s.w.t kerana sejak saya pakai PB saya dah tak letih ....tido pun sekarang pukul 11 malam paling awal, tak ada lagi  husband tengok muka masam( muka masam sebab sakit perut).....period dah ok dan yang paling penting TURUN BERAT BADAN 2KG dalam masa 2 minggu......mmg saya tak boleh gemok dan saya tahu  tapi saya dah malas nak makan ubat kurus or makan metformin yang doktor bagi.....sekarang sejak pakai PB saya makan apa yang saya nak n sekarang saya dah boleh makan semua makanan kegemaran  dalam kuantiti yang sedikit sebab bila pakai PB nafsu makan anda akan berkurangan...bila nafsu makan berkurangan maka berat badan pun kurang hehe.....

Disebabkan semua di atas itulah maka saya telah berani dan yakin untuk menceburkan diri dalam bisnes Premium Beautiful ini.....saya mmg ada background bisnes n sapa yang kenal saya memang tahu saya ada butik pakaian sebelum ini.....Memang orang akan fikir negatif  ketika itu dan mula lah bermacam pandangan negatif yang saya terima...mampukah engkau nak buka butik?....eh mahal la sewa kedai tu?....Nanti rugi?......Kemampuan saya dipertikai oleh segelintar orang dengan alasan saya tiada pengalaman.....so saya cabar diri saya sendiri n i told myself that i can do it i don't care what people want to say about me?.....siapa yang nak berjaya kena cabar diri sendiri untuk melakukan sesuatu yang di luar jangkaan orang....jika kita tengok semua yang berjaya dalam bisnes adalah orang yang zero knowledge dalam bisnes tapi mereka belajar tentang bisnes dari org yang berpengalaman....ilmu is important dan bukannya kata-kata negatif or pandangan orang yang lemah n tiada keyakinan diri.....saya berjaya buka my own butik n i can manage to handle it until i move to Johor.....saya terpaksa mengikut suami yang baru dapat kerja di Singapore.....saya jual butik tu dengan perasaan yang amat sedih.....segala penat lelah saya selama dalam memajuakan butik itu adalah pengalaman yang amat bernilai.....saya dah buktikan kepada semua orang yang dulunya tidak percaya dengan kemampuan saya untuk menguruskan perniagaan akhirnya terjawab apabila butik saya mendapat sambutan dan bertahan selama setahun lebih( terpaksa tutup kerana berpindah ke Johor) 

Dengan pengalaman yang saya ada juga saya ingin kongsikan kepada anda semua dalam blog ini.....bisnes Premium Beautiful lebih mudah dari bisnes saya dahulu kerana bisnes ini kita hanya kena keluarkan modal SEKALI sahaja seumur hidup dan menjualkan PB ini kepada wanita yang mempunyai masalah kesihatan dan juga wanita tang ingin cantik......Amat simple dan mudah.....Anda boleh buat bisnes ini secara sambilan dan tidak menganggu kerja hakiki anda.....Paling best ialah  kerja sambilan ini gaji nya masuk tengah bulan dan gaji hakiki pula masuk hujung bulan.....belum benefit melancong secara percuma lagi, tak lama lagi company nak bawa pergi SHANGHAI....INSYALLAH ADA JALAN...Kuasa bertindak ditangan anda...dan bisnes ini adalah bisnes kawan tolong kawan dan bukannya bisnes engkau buat kerja engkau dan aku pula tidur.....Renung-Renungkan lah dan selamat join bisnes ini :)

Saturday, 5 January 2013

sambungan cerita saya

salam semua....harap hari ini membawa keberkatan dalam hidup kita semua,,,jadikan pengalaman yg dulu sebagai ilmu untuk kita menjadi lebih matang menempuh perjalanan kehidupan kita sekarang....saya nak sambung balik story yang tak habis hehe.....mmg saya beruntung ketika itu kerana saya masih muda dan antibodi saya masih kuat untuk melawan sel cancer itu dari merebak tp semangat saya amat rapuh dan fikiran saya hanya fikir 'adakah aku akan mati?' Ya Allah ketika baru saya tahu betapa Allah menyayangi saya kerana saya tahu awal ttg penyakit saya n bagaimana saudara kita yg lain sudah stage 3 baru mereka tahu penyakit mereka....waktu tu tak tak dapat nak prevent lagi tapi dah tahap kena makan ubat n buat kemo.....Syukur ke hadrat illahi kerana saya masih ada rahim kerana menurut doktor kalau unur saya dah 38 ke atas ketika itu maybe dia akan terpaksa buang rahim saya....

Saya tanya doktor apakah PUNCA nya saya jadi begini.....rupa-rupanya saya ada masalah PCOS atau Polycsystic Ovarian Syndrome nanti saya cerita lebih lanjut.....selama 6 tahun bila saya pergi klinik pakar wanita semua beritahu masalah hormon, obesiti n stress....tak ada pun yg beritahu masalah sebenar...yalah kalau saya diberitahu masalah ini mesti pertama yg saya akan cari ialah internet utk tahu lebih mendlm ttg masalah saya betul tak?.....sudah 6 tahun saya kahwin n dah brp klinik dah saya pergi hanya di Normah Medical Centre je klinik yg beritahu saya ada masalah ini n sel cancel yang ada dlm rahim saya itu adalah disebabkan oleh masalah PCOS yang sudah teruk......PCOS ini kalau tak di ubati kesan buruk nya nanti adalah KANSER RAHIM....Ya ALLAH minta dijauhi dari perkara yg buruk....

Sejak dari itu, doktor bagi saya ubat hormon untuk regulatekan period saya....saya tak boleh tak datang period kecuali kalau mengandung...kalau saya lewat sikit saya kena pergi klinik check pregnant ke tak n kalau tak kena makan ubat untuk keluarkan period (sedih sgt sbb org lain period normal n tak payah makan ubat tapi saya tidak kalau tak mengandung terpaksa mkn ubat)....kalau dah makan ubat utk period ni mmg rasa tak selesa rasa bloating, perut kembung, pening, sakit badan, demam semua ada...Kadang-kadang rasa muak dah nak makan ubat....saya mmg allergi mkn ubat sejak dari kecil hehe (allergi yg dibuat sendiri :) )....Satu lagi masalah saya yg saya susah nak capai iaitu kuruskan badan...kalau berat saya turun ke 57 dan ke bawah memang saya akan period secara normal....nanti saya cerita lebih lanjut....masalah nya kejap saya kurus lepas tu gemuk balik (biasa lah kan kalau dah cuba makan produk utk kuruskan badan....kesan nya sekejap je pastu kalau tak makan gemuk balik....sejak tu saya amat prihatin dengan masalah org perempuan kalau dia dah kahwin n 3 tahun kahwin belum dapat anak...sebab apa menurut kata doktor kalau u dah kahwin tapi dalam masa 3 tahun belum dapat anak cepat pergi jumpa doktor pakar wanita kerana rahim wanita perlu berehat n masa untuk rahim itu berehat adalah ketika kita mengandung sebab ia tidak mengeluarkan period selama 9 bulan n waktu tu la rahim kita ni berehat....bila org tanya tapi bagaimana org yang tak berkahwin....org yg tak berkahwin risiko utk kena kanser rahim pun ada n mmg terbukti apabila saudara sebelah bapak mertua saya meninggal dunia kerana kanser rahim n dia belum pernah kahwin....masalah yang beliau selalu hadapi ialah bila period, darah akan keluar banyak.....semua itu adalah ketentuan ALLAH S.W.T....tapi kita sebagai WANITA MESTI ALERT dengan masalah kesihatan kita.....

emmm dah byk sgt saya menulis, apa kata saya sambung lagi nanti...nak pergi shopping utk hilangkan stress hehe...

Thursday, 3 January 2013

INSYALLAH ADA JALAN


Salam semua....tujuan saya ni tiba-tiba nak menulis ni disebabkan saya rasa saya nak berkongsi banyak knowledge yg saya ada, pengalaman, gosip (hehe....ni tak mungkin kot)....

to those yg kenal saya of couse mereka tahu masalah kesihatan yg saya alami sejak tahun 2009 hingga sekarang...kalau boleh saya nak kongsi kan bersama semua org masalah kesihatan yg saya alami kerana niat saya adalah untuk membantu agar anda semua alert dengan setiap masalah kesihatan yang ada pada diri anda....pada tahun 2009 saya telah dimasukkan ke hospital kerana heavy bleeding dan makan ubat utk stopkan period pun masih juga bleeding....saya tak pregnant ketika itu so doktor suggest agar saya buat dnc utk cucikan rahim saya n utk dapatkan sample tisu pada rahim....tidak sampai one week doktor call n suruh saya n my husband dtg asap ke hospital coz mereka dah dpt keputusan ujian pd sample....Ya Allah ketika itu saya rasakan diri saya mcm patung yang kaku  
dan hanya linangan air mata yg membasahi pipi bila diberitahu laporan ujian pd sample tisu pd dinding rahim saya sel cancer n nama saintifik nya saya malas nak ambil tahu coz time tu saya mmg sedih sgt...tp doc beritahu jgn risau itu baru stage pre cancer n boleh diubati bcoz ketika itu umur saya baru 28 tahun n antibodi saya masih kuat untuk melawan n doktor suggest utk makan ubat dalam masa 6 bulan n lihat bagaimana hasilnya....ok nanti saya sambung balik cerita ni ye bukan apa bateri dah low n kena pulak dgn saya ni malas nak ambil charger kat luar bilik.....bye!!!