Wednesday 13 November 2013

Minat mendalam terhadap rekaan fesyen

Sebab-sebab minat terhadap fesyen jugak lah aku bukak butik pakaian dulu. Aku ni memang suka tengok baju yang cantik, color yang ceria, design yang lain dari yang lain( aku tak suka pakai baju yang sama dengan orang...bukan riak tau) dan di sebabkan itu aku ada baju rekaan aku sendiri yang aku jual di butik.. aku ada pekerja yang aku upah untuk menjahit pakaian di butik dan setiap rekaan yang aku buat sentiasa mendapat sambutan dari orang ramai..banyak yang sependapat dengan aku iaitu tak nak pakai baju yang design sama dengan orang lain...aku kalau buat satu rekaan aku akan buat untuk saiz S,M dan L je...dan setiap saiz menggunakan kain yang berlainan...sampai one of my customer suruh aku jahit baju untuk dia (sebab dia pakai sz XL)...dari situ la aku terfikir nak belajar jahit pakaian...tapi impian nak belajar menjahit tak kesampaian bila aku terpaksa pindah ke Johor kerana mengikut suami yang bekerja di Singapore.. aku pun jual butik pakaian aku dengan hati yang sedih sangat( tak ada orang yang boleh tolong uruskan butik sebab tu ambil keputusan untuk jual)...


Baju yang aku pakai ni..aku jahit sendiri..

Dalam gambar di atas baju kurung moden ni aku jahit sendiri...Ceritanya macam nie...sebelum raya tahun ini aku memang dah terpikir fesyen macam mana yang aku nak tapi bila aku nak hantar kain untuk di jahit dan tunjukkan design yang aku nak..terus aku pengsan...perempuan tu kata kalau design macam ni kami letak harga RM 300.00....aku pun terkejut dan terus blah (dalam hati menyumpah sebab tak puas hati mahal sangat...selepas balik aku singgah pergi angsana dan beli peralatan untuk menjahit..aku tekad yang aku akan buat sendiri baju raya tahun ini mengikut rekaan aku sendiri.... akhirnya 2 hari sebelum raya aku berjaya menyiapkan baju kurung moden seperti di atas...kos yang keseluruhan cuma dalam RM170 je termasuk kain dan juak lace yang aku tampal dekat bawah baju dan lengan baju...

bila time raya banyak yang memuji baju yang aku pakai cantik siap tanya beli kat mana...jawapan aku mudah je....akak buat sendiri .murah dan puas hati....banyak yang suruh aku buat baju lepas tu tapi aku tak berani nak setuju sebab aku belum mahir lagi...tapi sekarang aku dah berani untuk ambil tempahan sebab aku dah pergi kelas menjahit...rasanya sayang kalau kita ada bakat dan minat yang mendalam terhadap sesuatu perkara tapi tidak digunakan sepenuhnya...

Perancangan seterusnya aku nak buat baju untuk budak-budak pulak....dengan rekaan aku sendiri dan jahitan aku sendiri...mudahan tercapai impian aku nak jadi pereka fesyen yang terkenal dengan mutu jahitan yang berkualiti...chaiyo...chiayo....

Baju kurung moden scallop sudah siap....

No comments:

Post a Comment