Friday 1 November 2013

Kulit Muka Bebas Dari Minyak Dan Liang Pori Tidak Akan Tersumbat

Hai uolls, kali ni i nak cerita pasal satu produk kecantikan dari Korea. Maklum lah kan sejak i balik dari Korea, i memang suka sangat tengok muka perempuan Korea ni. Terutama sekali kulit muka diorang memang sangat cantik,gebu dan bersih. So i ni kan kepo i tanya la orang Korea sendiri produk apa yang diorang pakai. Rupanya diorang ni suka pakai BB Cream atau CC Cream. Patut pun BB Cream memang famous kalau kat Korea. Selain tu dia orang ni bukan jenis yang pakai produk kecantikan berasakan jenama tapi dia orang pakai ikut kesesuaian muka. Sebagai contoh kalau pelembap pakai jenama Etude tapi pencuci muka pula pakai faceshop. Kat Korea kalau korang masuk kedai yang jual produk kecantikan memang diberi sample percuma contohnya pelembap , serum , BB Cream dan mcm-mcm lagi la . So boleh la dia orang cuba kat rumah. Macam kita kat Malaysia ni nak minta sample kena beli dulu produk berkenaan. Dah la kena beli botol yang besar yang boleh pakai sampai 2 bulan dan kalau produk tu tak sesuai dengan muka kan dah rugi.


Eh panjang pula cerita i ni. So masa kat Korea i ada cuba produk Etude khas untuk Pore. Kulit muka i memang berminyak disebabkan liang roma terbuka. Bila i cuba sample tu i dapat rasa yang kulit muka i rasa segar sangat n kulit muka kurang berminyak. Nama produk ini ialah Wonder Pore Freshner dari Etude. Korang mesti cuba sebab tak menyesal kalau beli. Botol dia memang besar n kalau i rasanya boleh pakai 3 bulan kot haha.... i dah pakai selama 3 minggu dan memang tak ada masalah. selepas pakai produk ni memang kulit muka i dah kurang berminyak tapi liang roma tu masih lagi ada cuma tak ada masalah tersumbat or kotor lagi. Insyaallah kalau pakai secara berterusan boleh membantu untuk kecilkan liang roma muka juga...Sekarang ni i dah cuba dua produk dari Etude iaitu Wonder Pore ni dan juga CC Cream. Next entry i cerita pula pasal CC Cream....

1 comment: