Tuesday 31 December 2013

Goodbye 2013 & Welcome 2014

Syukur ke hadrat illahi kerana kita semua masih lagi bernafas dan seterusnya mengharungi kehidupan kita di tahun baru 2014.

Sudah tentu kita semua akan merindui segala kenangan di tahun 2013. Begitu jugak aku dan bagi aku 2013 banyak meninggalkan kenangan manis, begitu juga kenangan pahit.

Syukur kerana selama setahun berada di negeri orang banyak perkara yang aku pelajari. Belajar untuk hidup berdikari, belajar untuk memasak, belajar untuk banyak bersabar hidup jauh dari keluarga.

Syukur kerana aku berjaya menghabiskan pengajianku di UUM dan mendapat segulung Ijazah yang selama ini aku usahakan walaupun bgitu banyak dugaan dan rintangan yang terpaksa aku lalui. What i believe is "Successful people is keep moving, they make mistake but they never quit".

Syukur kerana aku berjaya menjejakkan kaki di bumi Korea diantara tempat yang aku ingin pergi. What make me happy is because aku pergi dengan berkat usaha aku sendiri. "if you really want something you will find a way". syukur bisnes yang aku masuk memang memberi banyak peluang yang aku sendiri tidak boleh perolehi dengan mudah.

Terima kasih kepada my family mak, my hubby, mami, ayah,nini, suria, my brothers n all my sister in law kerana sentiasa memberi semangat dan dorongan dikala suka dan duka...


Terima kasih dan syukur Ya Allah di atas segala nikmat dan rezeki yang engkau berikan kepada kami sekeluarga. Hanya kepada Mu tempat kami meminta dan mengadu.

Semoga tahun baru 2014 akan memberi lebih makna dalam kehidupan kita semua.

Selamat Menyambut Tahun Baru 2014.






No comments:

Post a Comment