Tuesday, 31 December 2013

Goodbye 2013 & Welcome 2014

Syukur ke hadrat illahi kerana kita semua masih lagi bernafas dan seterusnya mengharungi kehidupan kita di tahun baru 2014.

Sudah tentu kita semua akan merindui segala kenangan di tahun 2013. Begitu jugak aku dan bagi aku 2013 banyak meninggalkan kenangan manis, begitu juga kenangan pahit.

Syukur kerana selama setahun berada di negeri orang banyak perkara yang aku pelajari. Belajar untuk hidup berdikari, belajar untuk memasak, belajar untuk banyak bersabar hidup jauh dari keluarga.

Syukur kerana aku berjaya menghabiskan pengajianku di UUM dan mendapat segulung Ijazah yang selama ini aku usahakan walaupun bgitu banyak dugaan dan rintangan yang terpaksa aku lalui. What i believe is "Successful people is keep moving, they make mistake but they never quit".

Syukur kerana aku berjaya menjejakkan kaki di bumi Korea diantara tempat yang aku ingin pergi. What make me happy is because aku pergi dengan berkat usaha aku sendiri. "if you really want something you will find a way". syukur bisnes yang aku masuk memang memberi banyak peluang yang aku sendiri tidak boleh perolehi dengan mudah.

Terima kasih kepada my family mak, my hubby, mami, ayah,nini, suria, my brothers n all my sister in law kerana sentiasa memberi semangat dan dorongan dikala suka dan duka...


Terima kasih dan syukur Ya Allah di atas segala nikmat dan rezeki yang engkau berikan kepada kami sekeluarga. Hanya kepada Mu tempat kami meminta dan mengadu.

Semoga tahun baru 2014 akan memberi lebih makna dalam kehidupan kita semua.

Selamat Menyambut Tahun Baru 2014.






Wednesday, 25 December 2013

happy holiday :)

Happy holiday!!!!

we wish u a merry christmas, we wish u a merry christmas n a happy new year...merry christmas to all my friend n happy holiday uoll.....cuti christnas aku n husband n ank aku apa lagi pergi shopping la hehe(tak abis2 dengan shopping)..aku sebenarnya nak cari handbag color hitam sebab bla aku tengok koleksi handbag aku langsung tak ada color hitam...of coz yg banyak color pink la kan sebab aku kan fanatik dgn color pink...so pencarian pun bermula...


i really love this handbag from Charles & Keith, color cream n pink je tinggal...warna hitam dah out of stock huhu (sedih akak tau)..


Yang ni pun aku suka, jenis hobo bag n color hitam n sangat simple from kak Dorothy Perkins..sesuai la dengan aku yang suka nak bawa byk barang walaupun barang tu tak penting :)

Semata-mata nak cari bag aku perjalanan kita orang dari Johor Premium Outlet sampai ke Singapore in ONE day..tapi berbaloi sebab akhirnya akak dapat beli kedua-dua handbag ni(mula-mula nak beli satu je tp bila husband cakap dia bayar aku terus tersenyum lebar kegembiraan)....


ni pulak gambar anak aku sibuk nak cuba beg juga....beg tu dah sampai ke kaki sayang mcm mana nak pakai ...ermm begitu la perangai anak aku sebijik macam mak dia suka nak lawa lawa...



Sunday, 22 December 2013

Universal Studio Singapore & Orchard Shopping Centre

Hari sabtu lepas sempat pergi ke Singapore 2 hari....1st day pergi Universal studio dan last day kita orang shopping kat Orchard...Best sangat sebab singapore great sale memang berbaloi kalau nak shopping...yelah kalau korang pergi H&M baju  harga dari $10 sampai & $30 dollor je....aku memang pantang tengok H&M ni...kalau boleh semua aku nak beli nasib my hubby ada(semua baju yang aku nak beli kena tunjuk kat dia dahulu sebab dia yang bayar haha)....cuma yang tak best bila part nak fitting baju na bayar terpaksa berbaris panjang (aku ni tak suka kalau bab berbaris panjang ni)...

Sama juga first day pergi ke Universal Studio disebabkan hari sabtu dan school holiday suasana di USS memang sesak sangat( macam-macam bau ada :( aku memang rasa nak muntah pun ada nak pengsan pun ada)

Suasana christmas memang terasa sangat kat USS


Baju akak sama color dengan pokok christmas kat belakang haha...

Hari kedua kita orang pergi area Orchard Road untuk shopping yeaaaa!!!!orang yang paling happy of coz la akak hehe...H&M, Forever 21, Zara memanggil je nama akak...sepanjang perjalanan tu kerja kita org ambil gambar je....yelah suasana christmas di Singapore memang best..christmas decor dia orang mmg cantik n dia org buat sepanjang jalan Orchard Road tu...


My love, my mother in law, my anak aku tido time ni so dia kat tepi tu je hehe

I really love the combination color of my outfit that day...bright yellow + brown n aku selitkan sengan sedikit hitam sebab tu la ku pakai leopard shawl tu...

Next year insyaallah nak pergi lagi...yeehuuuu!!!!!

Wednesday, 13 November 2013

Review produk SKINCERITY

Perempuan memang suka kalau bab-bab kecantikan nie...termasuk aku le..semua perempuan nak kan kulit yang cantik, bersih dari cela, gebu dan paling penting kulit yang sihat kan...Pernah tak dengar produk Skincerity ni?..Aku pernah dengar pasal produk ni tapi tak berani nak cuba..Bila sorang kawan tetiba je bagi aku kertas yang mengandungi maklumat tentang produk skincerity nie (kawan aku ni lelaki k....sama ofis)..dia nampak sangat perubahan pada wajah isteri dia..dari kulit muka yang kusam jadi gebu dan kulit muka isteri beliau nampak tegang...beliau pun tunjukkan gambar isteri beliau..memang cantik sangat kulit muka isteri beliau(aku tak pernah tengok muka isteri beliau sebelum ni so aku tak tahu la perubahan yang ketara sangat atau biasa)..paling penting aku nak cuba produk nie...so aku pun beli..

skincerity 30ml

Produk skincerity nie dah diiktiraf sebagai Best Selling Cosmetic Product 2013. Diuji secara dermatologi dan klinikal, gred farmaseutikal, disyorkan pakar kulit, lulus FDA, sesuai untuk semua  jenis kulit, jantina dan usia termasuk bayi..

Sebenarnya produk ni macam kita pakai masker muka sebab tu nama diberi nama Skincerity Nightly Breathable Masque...dipakai cuma waktu malam sebelum tido. Bila bangun dari tido muka rasa sangat segar (bila bangun tu boleh la cuci muka dengan air suam untuk menghilangkan sisa masker pada kulit)

5 MANFAAT UTAMA SKINCERITY:

1. Cleanse - Membersihkan kulit daripada bakteria dan kuman

2. Rejunavate - Membantu pembentukan sel dan jaringan kolagen dengan kandungan atioksidan dan antipenuaan nya. Menghilangkan kedutan halus dan ada lifting effect

3. Exfoliate - membuang/menanggalkan sel2 kulit mati.  

4. Amplify - Bertindak sebagai BOOSTER kepada produk skincare/kecantikan yang sedang anda gunakan.

5. Moisturizer - Melembap dan menghaluskan kulit. 


aku dah seminggu pakai produk ni dan memang dalam masa 3 hari dah nampak perubahan dimana kulit muka kurang berminyak dah liang pori kurang jelas kelihatan....kulit muka aku ni memang kuat berminyak menyebabkan selalu je di singgahi oleh sang jerawat...kalau dah tumbuh jerawat ni kesan atau parut jerawat tu mesti ada dan semestinya lambat nak hilang..sebab itu jugak la aku beli produk ni sebab nak hilangkan parut jerawat pada muka...selain daripada itu bila aku pakai produk ni jerawat yang baru mula nak tumbuh tetiba kecut hehe....aku tak jual produk ni tapi kalau berminat boleh beritahu nanti aku tanya kawan aku ada stock lagi tak.





Minat mendalam terhadap rekaan fesyen

Sebab-sebab minat terhadap fesyen jugak lah aku bukak butik pakaian dulu. Aku ni memang suka tengok baju yang cantik, color yang ceria, design yang lain dari yang lain( aku tak suka pakai baju yang sama dengan orang...bukan riak tau) dan di sebabkan itu aku ada baju rekaan aku sendiri yang aku jual di butik.. aku ada pekerja yang aku upah untuk menjahit pakaian di butik dan setiap rekaan yang aku buat sentiasa mendapat sambutan dari orang ramai..banyak yang sependapat dengan aku iaitu tak nak pakai baju yang design sama dengan orang lain...aku kalau buat satu rekaan aku akan buat untuk saiz S,M dan L je...dan setiap saiz menggunakan kain yang berlainan...sampai one of my customer suruh aku jahit baju untuk dia (sebab dia pakai sz XL)...dari situ la aku terfikir nak belajar jahit pakaian...tapi impian nak belajar menjahit tak kesampaian bila aku terpaksa pindah ke Johor kerana mengikut suami yang bekerja di Singapore.. aku pun jual butik pakaian aku dengan hati yang sedih sangat( tak ada orang yang boleh tolong uruskan butik sebab tu ambil keputusan untuk jual)...


Baju yang aku pakai ni..aku jahit sendiri..

Dalam gambar di atas baju kurung moden ni aku jahit sendiri...Ceritanya macam nie...sebelum raya tahun ini aku memang dah terpikir fesyen macam mana yang aku nak tapi bila aku nak hantar kain untuk di jahit dan tunjukkan design yang aku nak..terus aku pengsan...perempuan tu kata kalau design macam ni kami letak harga RM 300.00....aku pun terkejut dan terus blah (dalam hati menyumpah sebab tak puas hati mahal sangat...selepas balik aku singgah pergi angsana dan beli peralatan untuk menjahit..aku tekad yang aku akan buat sendiri baju raya tahun ini mengikut rekaan aku sendiri.... akhirnya 2 hari sebelum raya aku berjaya menyiapkan baju kurung moden seperti di atas...kos yang keseluruhan cuma dalam RM170 je termasuk kain dan juak lace yang aku tampal dekat bawah baju dan lengan baju...

bila time raya banyak yang memuji baju yang aku pakai cantik siap tanya beli kat mana...jawapan aku mudah je....akak buat sendiri .murah dan puas hati....banyak yang suruh aku buat baju lepas tu tapi aku tak berani nak setuju sebab aku belum mahir lagi...tapi sekarang aku dah berani untuk ambil tempahan sebab aku dah pergi kelas menjahit...rasanya sayang kalau kita ada bakat dan minat yang mendalam terhadap sesuatu perkara tapi tidak digunakan sepenuhnya...

Perancangan seterusnya aku nak buat baju untuk budak-budak pulak....dengan rekaan aku sendiri dan jahitan aku sendiri...mudahan tercapai impian aku nak jadi pereka fesyen yang terkenal dengan mutu jahitan yang berkualiti...chaiyo...chiayo....

Baju kurung moden scallop sudah siap....

Kenapa Hati Tidak Bahagia




9 Sebab Hati Tidak Bahagia.... 

a) Pemarah
Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang.

b) Pendendam
Tersembunyi ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

c) Hasad dengki
Amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

d) Bakhil
Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dan lain-lain dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.

e) Tamak
Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut, walau berapa banyak yang diminum tetap tidak habis juga (lagipun orang tamak selalu rugi). Ingat! Yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita (mungkin ada hak orang lain di situ). Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

f) Tidak sabar
Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar.

g) Ego
Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. Pasal semua orang ada egonya sendiri, cuma tinggi atau rendah tahap keegoan tersebut.

h) Riak
Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon-lakon di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak, takabbur dengan apar yang kita ada.

i) Cinta Dunia
Tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah, tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu (bila mati cuma bawa amalan dan doa anak yang soleh atau solehah). Cinta dunia merupakan 'neraka dunia' kerana dunia itu 'panas' akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati

*Untuk renungan kita bersama. Mudah mudahan selepas ini kita sentiasa menjaga hati kita agar sentiasa bersih dari sifat seperti di atas. Amin

Friday, 1 November 2013

Rahsia Dagu Runcing

Tetiba je rasa nak post pasal dagu runcing pulak. Bukan apa aku post gambar aku dekat fb n instagram. pastu member aku komen pulak beritahu dagu aku nampak runcing dalam gambar tu...



Jaket tu aku beli kat Butik PROMOD & skirt pula NICHI.

Sebenarnya dagu aku nampak runcing sebab teknik membelit selendang yang memain peranan hehe...bentuk muka aku ni sebenarnya 'bujur telur' (arwah bapak aku yang beritahu dan aku pun tak tahu mana datangnya istilah bujur telur tu :)..Kalau aku tak pakai selendang bentuk muka aku nampak bulat. Sebab itu aku suka pakai selendang dari pakai tudung yang ada awning tu. Selain itu, aku amalkan juga makan stemcell n collogen ( orang kalau 1st time jumpa aku selalu ingat aku masih sekolah lagi....ohhh syoknya hatiku ini bila dengar). Awet muda la sangat haha..Aku rasa sikap memain peranan juga.Aku ni happy go lucky punya manusia. aku jarang nak marah dengan member aku (kecuali husband...bukan apa dengan husband saja je cepat merajuk bila dimarah sebab nak bermanja hehehe)

Jadi jangan la korong ingat aku ni buat apa2 dengan dagu aku ye....tak la seruncing erra fazira or umie aida ok....Biasa je aku tengok....untuk kesihatan korang boleh cuba makan stemcell n collogen sebab kedua-duanya bagus untuk kesihatan dan kecantikan luaran dan dalaman. Terus terang aku cakap yang kulit muka aku lebih tegang & nampak glowing dari dahulu (dulunya selalu je orang tegur muka aku nampak kusam & tak bermaya tapi sekarang ramai yang tanya aku pakai produk apa untuk kulit muka)....Sebagai wanita kita kena la jaga kesihatan  dan juga kecantikkan. Mesti korang tak nak husband dan boyfriend korang tengok perempuan lain kan. So akhir kata dari aku jaga lah kesihatan dan kecantikan dari sekarang...bye